MATA WANG

Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM20, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Penggunaan wang syiling 1 sen dihentikan pada 1 April 2008 berikutan pengenalan mekanisme membundarkan nilai kepada nilai lima sen terhampir.

Nama “Ringgit” berasal dari sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Bermula Ogos 1975, nama “Ringgit” diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada tahun 1993 dan terus digunakan sehingga ke hari ini.

Back to top button
Close