POKOK KEBANGSAAN

Pokok Merbau (Malacca Teak atau Instia Palembanica) dipilih sebagai Pokok Kebangsaaan Malaysia. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika merasmikan Pameran ‘Hutan Kita’ di Menara Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2019.

Pokok Merbau dipilih sebagai lambang keutuhan integriti hutan negara, hasil daripada pengurusan secara mampan serta usaha pemuliharaan khazanah biodiversiti Malaysia. Pokok Merbau juga merupakan simbol kepentingan hutan kepada pembangunan industri dan ekonomi negara.

Orang-orang dahulu turut mengungkapkan kekuatan dengan menjadikan Merbau sebagai simbolik iaitu ‘kuat seperti Merbau’ kerana keutuhan dan kekuatan Merbau yang mempunyai kayu pokok terbaik dan kuat. Antara keistimewaan pokok Merbau yang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia dan negara-negara Asean ini sehingga dipilih menjadi Pokok Kebangsaan adalah seperti berikut:

1. Bersifat tahan lasak Kayu pokok Merbau terkenal dengan sifat keras, tahan lasak dan berkualiti tinggi. Kayu Merbau mampu menangani kelembapan dan tidak lapuk sehingga boleh dijadikan sebagai perahu dan bahan asas kepada bangunan. Kayu Merbau juga termasuk dalam golongan kayu berat pada kadar air 15% dan mempunyai penyusutan yang sangat rendah sehinggakan ianya tidak akan cacat apabila dikeringkan.
2. Lambang keutuhan integriti hutan negara Merbau membuktikan integriti hutan negara hasil daripada pengurusan secara mapan dan usaha pemuliharaaan khazanah biodiversiti Malaysia.
3. Simbol kepentingan hutan Pokok Merbau banyak membantu ekonomi dan industri Malaysia terutamanya dalam industri eksport kerana mempunyai nilai komersial dan permintaan yang tinggi daripada negara luar.

Back to top button
Close