![]() |
Status zon bebas cukai kampus induk Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok mampu menjadikan kawasan itu tumpuan pelancong sekali gus melonjakkan aktiviti pembangunan di kawasan berkenaan. |
| Carian | Search - DOCman Search - Content Search - Weblinks Search - Contacts Search - Categories Search - Sections Search - Newsfeeds | Saiz Pilihan Text |
|
TARIKH KEMASKINI
Rabu 19 Jun 2013, 10:43
|
Zon Bebas Cukai Di UUM Main Peranan Serampang Dua Mata - Naib Canselor
Keistimewaan UUM
Taraf Antarabangsa Taraf bebas cukai itu juga kata beliau, mampu menjadikan UUM sebuah universiti pengurusan bertaraf antarabangsa yang bakal menarik ramai pelajar, sarjana dan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. UUM buat masa ini memiliki pelajar asing kedua teramai selepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pemberian status bebas cukai akan meletakkan universiti itu di persada antarabangsa, katanya. Beliau berkata cadangan untuk mendapatkan status tersebut sudah dikemukakan kepada kerajaan dan UUM kini hanya menunggu jawapan. UUM yang sudah mencecah usia 27 tahun adalah universiti keenam ditubuhkan di negara ini dan kini mempunyai hampir 34,000 pelajar dari 42 negara. Daripada jumlah itu, 27,824 mengikuti pengajian ijazah sarjana muda, 6,243 pelajar peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) serta hampir 3,000 pelajar antarabangsa termasuk dari Indonesia, Yaman, China, Thailand, Somalia, Jordan dan Iraq. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya tidak ada halangan mengenai cadangan UUM itu, namun perkara tersebut hanya boleh diputuskan Kementerian Kewangan. Beliau dilapor berkata cadangan itu juga selaras dengan usaha menampilkan pendekatan teknik pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif serta lebih berkesan untuk pelajar. Sumber: mstar.com.my Artikel dimasukkan pada 2 Mac 2011 |