Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Kriteria Penilaian Permohonan Lesen Bas Persiaran

Kriteria Penilaian Permohonan Lesen Bas Persiaran


Syarikat hendaklah berdaftar / berlesen dengan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk menjalankan perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (inbound).  Syarikat hendaklah memenuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia seperti di bawah :


i) Mempunyai modal berbayar (paid-up capital) yang mencukupi seperti berikut :

Bagi Syarikat Di Bandar-bandar:
Salah satu atau dua atau kesemua jenis Perniagaan Pengendalian Pelancongan (IOT) - RM 200,000.00

Bagi Syarikat-syarikat Di Luar Bandar Utama :

- Pelancongan Dalam Negeri (Inbound) - RM 50,000.00

- Pelancongan Dalam Negeri dan Agensi Pengembaraan (Inbound & Ticketing)RM 150,000.00
- Pelancongan Dalam Negeri, Luar Negeri dan Agensi Pengembaraan (Inbound, Outbound & Ticketing) - RM 200,000.00
- Pelancongan Luar Negeri (Outbound) - RM 200,000.00

ii) Mempunyai kontrak dengan mana-mana institusi / badan korporat yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa dan pandu syarikat.

iii) Memegang francais kereta sewa dan pandu (jika ada).

iv) Mempunyai tempat menyimpan kereta (depoh) yang sesuai.

v) Mempunyai kemampuan kewangan untuk membiayai pembelian kenderaan seperti overdraf, simpanan tetap, bank guarantee/jaminan bank, pinjaman bank dan sebagainya.


Sekiranya ingin menambah bilangan lesen sedia ada syarikat hendaklah mengemukakan :
i]   Senarai dan salinan lesen kereta sewa dan pandu yang sedia ada.
ii]  Bukti-bukti penyewaan/penggunaan kereta sewa pandu yang sedia ada
iii] Salinan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun semasa

Bas Persiaran
"Bas Persiaran" ertinya bas yang digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong dan sebagai balasan bagi suatu bayaran yang tiada peringkat tambang.


Tanda Pada Badan Bas Persiaran
Peraturan 15(1) - Warna standard untuk suatu bas persiaran hendaklah seperti berikut :

  • 1/3 daripada bahagian luar sebelah kiri, kanan dan belakang bas hendaklah dicatkan dengan warna hijaukonifer.
  • Ukuran 1/3 ini hendaklah diukur daripada bahagian bawah tingkap sehingga paling bawah badan bas.
  • Kod Warna Hijau Konifer :
    Nippon : 041
    ICI : 13041
    2/3 daripada bahagian lain luar badan bas hendaklah dicatkan dengan warna putih. Bahagian ini boleh dan digalakkan supaya dihiasi dengan warna, corak atau motif yang menarik dan melambangkan imej Malaysia yang bersesuaian mengikut kreativiti syarikat.
    Kod Warna Putih :
    Nippon : A 008
    ICI : 15008 
  • Warna Standard Bas Persiaran
    Peraturan 15(1) - Warna standard untuk suatu bas persiaran hendaklah seperti berikut :
    1/3 daripada bahagian luar sebelah kiri, kanan dan belakang bas hendaklah dicatkan dengan warna hijau konifer. Ukuran 1/3 ini hendaklah diukur daripada bahagian bawah tingkap sehingga paling bawah badan bas.
    Kod Warna Hijau Konifer :
    Nippon : 041
    ICI : 13041
    2/3 daripada bahagian lain luar badan bas hendaklah dicatkan dengan warna putih. Bahagian ini boleh dan digalakkan supaya dihiasi dengan warna, corak atau motif yang menarik dan melambangkan imej Malaysia yang bersesuaian mengikut kreativiti syarikat.
    Kod Warna Putih :
    Nippon : A 008
    ICI : 15008

Dokumen yang Perlu Disertakan 
Borang Akta Syarikat 1965 yang disahkan benar oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti berikut :

  • Satu (1) salinan Borang 24 - Returned of Allotment of share
  • Satu (1) salinan Borang 49 - Return giving Particulars in Register of     Directors, Managers and Change of Particulars
  • Satu (1) salinan Borang 32A - Form of transfer of Securities
  • Salinan penyata bank syarikat bagi tiga (3) bulan terakhir
  • Salinan penyata kewangan tahunan terkini yang telah diaudit
  • Contoh-contoh pakej pelancongan yang ditawarkan serta brosyur yang telah dicetak
  • Salinan kontrak/surat perjanjian terbaru yang diterima daripada institusi / badan korporat yang memerlukan perkhidmatan Kereta Sewa dan Pandu syarikat
  • Salinan dokumen bagi membuktikan penyewaan /penggunaan Kereta Sewa dan Pandu sedia ada bagi tiga (3) bulan terakhir
  • Surat pengesahan dan alamat depoh penyimpanan Kereta Sewa dan Pandu yang dimiliki oleh syarikat atau yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempat
  • Salinan dokumen bagi membuktikan kemampuan kewangan syarikat untuk membiayai pembelian Kereta Sewa dan Pandu seperti overdraf, bank guarantee, pinjaman bank dan sebagainya.
  • Senarai dan salinan lesen kereta sewa dan pandu sedia ada jika memohon lesen tambahan. 

Borang Permohonan


Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan satu (1) salinan borang permohonan mengikut jenis permohonan seperti berikut :

  • Borang 1 (Subperaturan 3(1)) - Permohonan lesen baru / lesen tambahan bas persiaran
  • Borang 2 (Subperaturan 3(1)) - Permohonan lesen baru / lesen tambahan kereta sewa dan pandu.
  • Borang 4 (Subperaturan 7(1)) - Permohonan pembaharuan lesen bas persiaran
  • Borang 5 (Subperaturan 7 (1)) - Permohonan pembaharuan lesen kereta sewa dan pandu
  • Borang 6 (Subperaturan 14(1)) - Permohonan pengubahan syarat-syarat lesen bas persiaran dan kereta sewa dan pandu
  • Borang 7 (Subperaturan 4(4)) - Permohonan pengubahan syarat keatas Surat Kelulusan Bersyarat bas persiaran dan kereta sewa dan pandu

Borang yang telah disempurnakan berserta dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan terus ke Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur atau ke Pejabat-Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.

Kriteria Penilaian Permohonan Lesen bas Persiaran Dari negar Lain Untuk Memasuki Malaysia 

  • Syarikat hendaklah berdaftar dan berlesen sebagai agensi pelancongan dengan Negara masing-masing seperti Singapura berdaftar dengan STB (Singapore Tourism Board), manakala Thailand dengan TTB (Thailand Tourism Board) begitu juga dengan Brunei.
  • Mempunyai modal berbayar (paid-up capital) melebihi RM 200,000.00
  • Mempunyai kemampuan kewangan untuk membiayai pembelian bas seperti overdraf, simpanan tetap, bank guarantee/jaminan bank dan sebagainya.
  • Mempunyai bukti-bukti pengendalian pakej pelancongan ke Malaysia seperti berikut :


Senarai nama dan statistik pelancong yang diuruskan:

  • Salinan resit / invois penyewaan bas persiaran dari syarikat lain
  • Salinan resit / invois penginapan pelancong di Malaysia
  • Salinan invois pembayaran ke atas perkhidmatan Pemandu Pelancong Malaysia yang berlesen dengan Kementerian ini.
  • Pelancong-pelancong yang dibawa hendaklah bermalam di mana-mana hotel di Malaysia sekurang-kurangnya dua malam
  • Bas persiaran hendaklah diinsurankan dengan perlindungan insuran termasuk liabiliti penumpang.
  • Bas persiaran hanya dibenarkan berada di Malaysia tidak lebih dari tujuh (7) hari sahaja.
  • Setiap bas persiaran hendaklah menyimpan dan membawa senarai nama pelancong termasuk no.pasport dan alamat lengkap semasa dalam perjalanan di Negara ini.
  • Setiap bas yang memasuki Negara ini mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 50% penumpang / pelancong dari jumlah tempat duduk bas tersebut.