Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

SKIM BANTUAN DAN INSENTIF KEPADA NELAYAN

1)  SKIM INSENTIF HASIL TANGKAPAN IKAN

Pada 4 Jun 2008, Mesyuarat Jemaah Menteri telah membuat keputusan meluluskan bayaran Insentif Hasil Tangkapan Ikan pada kadar RM0.10 sekilogram kepada pemilik vesel yang berlesen.

a) Syarat kelayakan dan mengkategorikan nelayan dan pengusaha  seperti berikut : 
i) pemilik vesel perikanan individu termasuk syarikat mesti memiliki lesen vesel dan perkakasan yang sah;

ii) memiliki Kad Pintar e-Diesel/ e-Petrol yang dikeluarkan oleh LKIM; dan

iii) mendarat dan mengisytiharkan hasil tangkapan kepada LKIM melalui Sistem e-Pengisytiharan.

b) Kategori nelayan dan pengusaha yang tidak layak menerima insentif:
Hanya ikan untuk dimakan dan diproses yang layak menerima bayaran insentif manakala ikan baja, kerang/ benih kerang, ikan atau hidupan laut yang diternak dalam sangkar atau kolam dan ikan air tawar yang ditangkap dari tasik atau sungai adalah tidak layak untuk menerima bayaran insentif.

c) Kaedah Pembayaran
Pembayaran kepada nelayan yang layak adalah melalui akaun bank masing-masing:

i) Agrobank
ii) CIMB
iii) Malayan Banking Berhad
iv) Bank Simpanan Nasional
       
d) Pemilik dan pekerja vesel perikanan warganegara wajib mendaftar dengan LKIM menggunakan borang pendaftaran dengan menyertakan dokumen berikut:
i) salinan kad pengenalan;
ii) salinan lesen vesel dan perkakasan;
iii) borang daftar pekerja vesel yang disahkan oleh pemilik;
iv) salinan kad nelayan pemilik dan pekerja;
v) salinan buku akaun simpanan; dan
 vi) gambar pemohon.

e) Kadar bayaran insentif adalah purata sebanyak RM0.10 sekilogram ikan. Oleh kerana kuantiti tangkapan adalah berbeza mengikut  jenis perkakasan dan kategori vesel maka LKIM menggunakan kaedah berikut sebagai asas pembayaran:

i) vesel berjentera sangkut yang menggunakan perkakasan pukat tradisi sebanyak RM150.00 sebulan;
ii) vesel berjentera dalam yang menggunakan perkakasan pukat tradisi sebanyak RM350.00 sebulan;
iii) vesel berjentera dalam yang beroperasi dikawasan Zon B dan menggunakan perkakasan pukat tunda dan pukat jerut sebanyak RM750.00 sebulan;
iv) vesel berjentera dalam yang beroperasi dikawasan Zon C dan menggunakan perkakasan pukat tunda dan pukat jerut sebanyak RM1,500.00 sebulan; dan
v) vesel berjentera dalam yang beroperasi dikawasan Zon C2 dan menggunakan perkakasan pukat tunda dan pukat jerut sebanyak RM2,500.00 sebulan.


2)  SKIM BAYARAN ELAUN SARA HIDUP

Merupakan Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan pada kadar RM200.00 sebulan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warga tempatan yang bekerja di atas vesel berlesen.

i) Penerima Bayaran Sara Hidup
a) Pemilik vesel perikanan atau lesen menangkap ikan yang didaftarkan atas nama individu
b) Pekerja atas vesel perikanan berlesen dan bertaraf warganegara Malaysia

ii) Syarat Kelayakan dan Kategori Nelayan dan Pengusaha
b) Pemilik individu vesel perikanan;
c) Memiliki lesen vesel dan perkakasan sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Negeri Sabah atau Lembaga Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah bagi pemilik individu; dan
d) Memiliki Kad e-Nelayan.

iii) Syarat Kelayakan Pekerja
a) Pekerja atas vesel perikanan warganegara Malaysia
b) Memiliki Mykad(Biru)
c) Memiliki Kad Nelayan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia
d) Didaftarkan sebagai pekerja vesel oleh pemilik vesel individu dan syarikat.

iv) Sekatan Kelayakan Elaun Sara Hidup
a) Pemegang lesen vesel perikanan yang didaftarkan atas nama syarikat dan pekerja vesel perikanan rakyat asing yang bekerja di atas vesel perikanan berdaftar.
b) Pemegang lesen individu yang mempunyai pekerjaan tetap lain atau tidak mengusahakan sendiri vesel berkenaan tanpa alasan yang manusabah.
c) Pekerja berumur di bawah 18 tahun.

v) Had Kelayakan Bilangan Pemilik dan Pekerja Vesel
a) Tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel perikanan.
b) Sekiranya bilangan pekerja kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran elaun adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja atas bot.
c) Pemilik vesel individu hanya layak menerima satu sahaja elaun bulanan walaupun memegang lebih dari satu lesen vesel perikanan atau perkakasan.

vi) Pendaftaran Pemilik dan Pekerja
Pendaftaran dengan LKIM menggunakan borang pendaftaran yang ditetapkan dan sah dalam tempoh satu tahun dengan menyertakan salinan dokumen berikut :
a) Salinan Mykad pemilik vesel dan pekerja
b) Salinan lesen vesel dan perkakasan yang masih sah berkuatkuasa
c) Borang daftar pekerja vesel yang disahkan oleh pemilik
d) Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja vesel yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan masih sah berkuatkuasa
e) Salinan buku akaun simpanan
f) Gambar pemohon
g) Lain-lain dokumen sokongan

vii) Kaedah Pembayaran Elaun sara Hidup
Pembayaran kepada nelayan yang layak adalah melalui akaun bank masing-masing:
a) Agrobank
b) CIMB
c) Malayan Banking Berhad
d) Bank Simpanan Nasional
e) Tunai

viii) Penalti Ke atas Pemilik Vesel
 Pemilik vesel yang telah berdaftar akan dikenakan penalti jika gagal melapor kepada LKIM dalam tempoh satu bulan ke atas mana-mana pekerja yang meninggal dunia, hilang keupayaan bekerja, keluar dari sektor perikanan atau berpindah kerja ke vesel lain :

a) Membayar balik jumlah bayaran yang telah dibayar oleh LKIM.
b) Dikenakan tindakan penggantungan/senarai hitam ke atas kad pintar e-diesel atau e-petrol selagi tidak membuat bayaran semula kepada LKIM.


3) INSENTIF KOTAK IKAN BERINSULASI FOOD GRADE (KIBFG) BAGI IKAN TEMPATAN

i) Selaras dengan kehendak pasaran global,  perhatian perlu diberikan kepada pengekalan kualiti ikan dan aspek keselamatan makanan kepada pengguna. Bagi tujuan tersebut, MOA telah menetapkan beberapa garis panduan amalan baik seperti Amalan Pertanian Baik, Amalan Akuakultur Baik dan Amalan Pengendalian Baik khususnya bagi produk mudah rosak. Bagi sektor perikanan pula, pengendalian ikan merupakan elemen yang penting dalam usaha menjamin kualiti ikan di sepanjang rantai bekalan sehingga kepada pengguna.

ii) Penggunaan KIBFG telah diwartakan pada 21 September 2006  melalui P.U.(B) 241/2006 dan Pemberitahuan Mengenai Penentuan Bekas-Bekas Ikan 1988 [P.U.(B) 273/1988]  telah dibatalkan melalui P.U.(B) 241/2006.

iii) Dalam Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pemasaran Ikan 2010, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971, menyatakan bahawa “Lembaga boleh menghendaki apa-apa ikan yang hendak  dieksport, diimport, diproses, diurusniagakan atau dipindahkan ke mana-mana tempat hendaklah dibungkus dalam bekas yang ditetapkan oleh Lembaga”.

iv) Kadar Insentif

Kadar Pemberian insentif melalui pengurangan harga KIBFG seperti berikut :

Kapasiti KIBFG Kadar Insentif
KIBFG berkapasiti 110 dan 100 kg  - RM 60.00
KIBFG berkapasiti 50 kg. - RM 30.00

 Insentif ini berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2010. 


4) SKIM SUBSIDI DIESEL DAN PETROL

a) Objektif Pelaksanaan

? Membantu menampung sebahagian dari kos operasi penangkapan ikan akibat dari kenaikan harga bahan api dipasaran.

? Menggalakkan nelayan keluar beroperasi menangkap ikan untuk menjamin bekalan ikan segar negara dapat memenuhi keperluan pengguna disamping mengelakkan kenaikan harga ikan akibat dari kekurangan bekalan. 

b) Kadar Subsidi

Melalui subsidi disel/petrol, nelayan boleh membeli minyak untuk tujuan operasi menangkap ikan pada kadar RM1.25 berbanding harga industri sebanyak RM1.85 (iaitu subsidi sebanyak RM0.60)


c) Syarat /Kelayakan Penerima Subsidi.

Syarat kelayakan untuk mendapat kemudahan subsidi diesel dan petrol adalah seperti berikut:

? Memiliki lesel vesel atau perkakas yang sah dari Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut atau jabatan/agensi yang diberi kuasa.

? Vesel berada dalam keadaan baik dan selamat  digunakan untuk operasi menangkap ikan.


d) Pembekal Diesel dan Petrol Bersubsidi.

? Pembekal diesel bersubsidi secara borong  kepada nelayan adalah melalui NEKMAT, PENESA dan KONELAYAN seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Harga dan Bekalan Diesel.

? Diperingkat runcit penyaluran diesel bersubsidi adalah melalui Persatuan Nelayan Kawasan.

? Bagi petrol bersubsidi penyaluran petrol bersubsidi secara runcit adalah melalui stesyen pam dibawah PETRONAS, SHELL, BHP dan CHEVRON.


e) Pendaftaran Vesel.

? Pemilik vesel wajib mendaftarkan vesel mereka menggunakan borang pendaftaran vesel yang disediakan di Pejabat LKIM Negeri/ Wilayah/Daerah, Kompleks Pendaratan Ikan LKIM dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

? Pemilik vesel  hendaklah  menyertakan gambar, salinan kad pengenalan dan salinan lesen vesel serta perkakas bersama  borang permohonan pendaftaran.

f) Pusat Jualan Minyak Diesel dan Petrol Bersubsidi 

? PNK yang diberi kelulusan untuk menjual minyak diesel bersubsidi kepada nelayan perlu berdaftar dengan LKIM.

? PNK dikehendaki menyertakan salinan Pendaftaran PNK, Lesen PDA/Runcit/Kebenaran Menyimpan Diesel,  Senarai vesel, dan pusat jualan minyak diesel bersama borang pendaftaran.

? Bagi Pusat Jualan Petrol Bersubsidi ianya hendaklah diluluskan oleh syarikat pembekal terlebih dahulu sebelum didaftarkan oleh LKIM


g) Penyediaan Kad Pintar.

? Semua nelayan yang ingin membeli minyak diesel dan petrol bersubsidi diwajibkan mempunyai kad pintar yang dikeluarkan oleh LKIM. 

? Kad pintar mengandungi maklumat nama dan gambar pemilik berdaftar, no. pendaftaran vesel, kuota kelulusan  diesel atau petrol, muatan vesel, kuasa kuda enjin dan jenis  perkakasan berdasarkan kepada maklumat yang dikemukakan dalam Borang Pendaftaran Vesel dan salinan dokumen yang disertakan.

? Setiap vesel layak mempunyai satu Kad Pintar dan akan diberikan secara percuma pada peringkat awal.


h) Kuota Diesel dan Petrol Bersubsidi.

? Kuota diesel bersubsidi yang diperuntukkan kepada vesel adalah berdasarkan kepada jenis perkakasan, muatan vesel dan zon tangkapan. Had kuota diesel bersubsidi dari 500 Liter/Bulan sehingga 28,000 Liter/Bulan.

? Kuota petrol bersubsidi yang diperuntukkan kepada vesel adalah berdasarkan kepada kuasa enjin yang digunakan. Had kuota petrol bersubsidi dari 5 Liter/Hari sehingga 60 Liter/Hari.


5) TABUNG BENCANA ALAM DAN KEBAJIKAN NELAYAN

i) Pada 10 Mac 2009, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 (Mini Bajet) di Dewan Rakyat telah meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM2 juta kepada Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan yang akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

ii) Objektif

Objektif pelaksanaan Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan adalah :-

a) Memberi bantuan/sumbangan segera dalam bentuk kewangan kepada nelayan yang terlibat dalam kemalangan atau bencana alam yang melibatkan kehilangan/kemusnahan/kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa bagi meringankan beban mangsa dan juga keluarga.
b) Memberi bantuan dan sumbangan kepada nelayan yang ditimpa kemalangan bencana alam yang tidak dilindungi oleh syarikat insuran.


iii) Tafsiran Kemalangan Dan Bencana Alam

 Tafsiran Kemalangan Dan Bencana Alam bagi maksud mendapatkan bantuan kewangan dan sumbangan dari Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan adalah :

a) Kecederaan, kecacatan, kematian diri dan kehilangan atau kerosakan rumah dan peralatan menangkap ikan yang disebabkan oleh bencana alam seperti :

• Banjir
• Ribut/Taufan
• Tsunami
• Tanah Runtuh/Hakisan
• Gempa Bumi

b) Kecederaan, kecacatan, kematian diri dan kehilangan atau kerosakan rumah dan peralatan menangkap ikan disebabkan kebakaran.

c) Kecederaan, kecacatan, kematian diri dan kehilangan atau kerosakan rumah dan peralatan menangkap ikan disebabkan kemalangan semasa bekerja sebagai nelayan.

d) Kematian seperti sakit, tua atau kematian biasa


iv) Kadar Bantuan/Sumbangan

 Bantuan/sumbangan dari Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan dalam bentuk kewangan yang akan diberikan adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan sepertimana berikut :
 
i) Kemalangan diri

Bil. Jenis Kadar Bantuan Maksima
1. Khairat Kematian RM4,000.00 (Tetap)
2. Keilatan Kekal RM4,000.00
3. Hilang Upaya Kekal RM10,000.00 (Tetap)
4. Masuk Wad (lebih 3 hari) RM1,000.00

 ii) Kehilangan & Kerosakan harta benda
 
Bil. Jenis Kadar Bantuan Maksima
1. Bot RM15,000.00
2. Sampan RM6,000.00
3. Rumah RM8,000.00
4. Pukat dan lain-lain peralatan penangkapan ikan. RM3,000.00

iii) Kematian Biasa

Bil. Jenis Kadar Bantuan Maksima
1. Khairat Kematian RM2,000.00 (Tetap)

 Kadar bantuan/sumbangan kepada seorang mangsa yang terlibat dalam bencana/kemalangan hanya boleh diberikan maksimun dua sahaja iaitu hanya satu bagi setiap kategori yang dinyatakan diatas dengan kadar yang tertinggi.

v) Nelayan Yang Layak

Nelayan yang layak menerima bantuan dan sumbangan dari Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan ini adalah :-

a. Nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Perikanan Sabah dan mempunyai kad nelayan, atau ;

b. Nelayan yang mempunyai kad e-Diesel dan kad e-Petrol, atau ;

c. Nelayan yang menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan dalam kategori 11(1)a, 11(1)b dan 11(1)c.

vi) Tatacara Permohonan

Permohonan untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan dari Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan ini hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati secara percuma di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan yang berdekatan dan laman web rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia: http://www.lkim.gov.my.

Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang disahkan benar oleh Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan. Salinan dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut :-

• Salinan Laporan Polis
• Salinan Kad Pengenalan
• Salinan Kad Nelayan
• Salinan Kad e-Petrol atau e-Diesel
• Salinan Sijil Kematian (Jika Berkenaan)
• Salinan Lesen Vesel (Jika Berkenaan)
• Surat Pengesahan masuk hospital
• Gambar-gambar berkaitan (jika ada)


6) BANTUAN PINJAMAN DANA NELAYAN

Merupakan satu skim pinjaman mudah khusus untuk membantu golongan nelayan dalam meningkatkan pendapatan dan produktiviti tangkapan.

Jenis Pinjaman

A) Skim Pinjaman Nelayan Pantai (SNEP)

• Skim ini adalah pinjaman kepada nelayan pantai bagi membiayai aktiviti sektor perikanan dalam meningkatkan keupayaan bot-bot, peralatan dan kelengkapan tradisi sedia ada ke arah penggunaan teknologi yang lebih berinovasi/ membaiki/ membaikpulih dan mengganti alat penangkapan ikan

• Had Pembiayaan  : RM 1,000 - RM25,000

• Tempoh Pinjaman  : 72 bulan (6 tahun)

• Tiada faedah dikenakan


B) Skim Pinjaman Nelayan Enjin Dalam (SNED)

• Skim ini adalah pinjaman kepada nelayan bagi membiayai peningkatan modal input operasi,membeli/ membaiki/ mengganti peralatan  perikanan untuk bot-bot enjin dalam mengikut zon A, B dan C.

• Had Pembiayaan  : Minima RM5,000, Maksima RM 70,000

• Tempoh Pinjaman  : 72 bulan (6 tahun)

• Faedah Pinjaman   : 2%


C) Skim Pinjaman Transformasi Nelayan
  
? Pinjaman kepada penubuhan Syarikat oleh 3-5 orang nelayan dengan menyerahkan bot kecil tradisional mereka untuk digantikan sebuah bot besar moden dan lebih berteknologi.

? Had Pembiayaan  : Maksima RM 70,000/orang

? Tempoh Pinjaman  : 6 tahun (72 bulan)

? Kadar Faedah   : 2 %

D) Skim Pinjaman Nelayan Komersial (SNEK)

• Skim ini adalah pinjaman kepada usahawan nelayan bagi aktiviti  projek perikanan, pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran termasuk bahan input  atau kegunaan produk yang berkaitan dengan perikanan

• Had Pembiayaan  :  RM 10,0000 – RM3,000,000

• Tempoh pinjaman  : 72 bulan (6 tahun)

• Faedah Pinjaman  : 2%


E) Skim Pinjaman Pembangunan  Institusi Nelayan (SPIN)

• Skim ini adalah pinjaman kepada Persatuan Nelayan bagi membiayai projek yang berkait rapat dengan aktiviti perikanan, ternakair dan pemerosesan.

• Had Pembiayaan  :  RM 10,0000 – RM3,000,000

• Tempoh pinjaman  : 96 bulan (8 tahun)

• Faedah Pinjaman  : 2%


Syarat-syarat Pinjaman (Individu Nelayan)
 - Menjadi ahli (PN) Kawasan
 - Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun (peminjam berusia melebihi 55 tahun mengemukakan anak sebagai peminjam bersama)
- Memiliki lesen vessel yang sah.
- Menjalankan sendiri kerja-kerja penangkapan ikan tidak kurang 120 hari setahun.
- Menjual hasil tangkapan kepada PN sepanjang tempoh pinjaman.


Permohonan

- Borang permohonan boleh didapati di Pejabat PNK / LKIM Negeri.
- Borang yang telah siap diisi hendaklah dikemukakan melalui PNK lengkap bersama dokumen berkaitan dan gambar bot.
- PNK akan meneliti dan memperakukan permohonan dan dikemukakan kepada LKIM Negeri bagi tujuan pengesahan dan perakuan ADUN sebelum dihantar ke Ibupejabat LKIM untuk kelulusan.

Sumber: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani