Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 12:13

20 Mei - Peruntukan RM27j Wujud Kota Buku

buku2

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM27 juta mewujudkan Kota Buku di ibu negara sebagai premis berkelompok

bagi penulis, sasterawan dan penerbit menjalankan urusan mengenai dunia buku secara lebih tersusun dan bersungguh-sungguh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata usaha itu bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab industri buku selain penerbitan, pemasaran, pengedaran dan penulisan buku sekurang-kurangnya pada peringkat Asia.

“Kita berharap dengan kewujudan Kota Buku, penerbit dan penulis berpeluang menyebarluaskan hasil karya dan kerajaan akan membantu mempromosikannya.

“Kita berharap peminat sastera akan gembira dengan hasil ditampilkan penerbit,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan dengan sasterawan Malaysia dan pelancaran koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di sini, semalam.

Sebanyak 28 judul buku sastera karya penulis Malaysia dilancarkan membabitkan terjemahan ke bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol dalam usaha memasarkannya ke seluruh dunia.

Turut hadir Pengerusi ITNM, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh; Sasterawan negara, Datuk A Samad Said; Prof Dr Mohamad Salleh dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md Dom.


Muhyiddin berkata, kerja menaikkan taraf bangunan bagi dijadikan Kota Buku itu akan dimulakan akhir tahun ini yang sebahagian daripada premis itu akan dijadikan Muzium Buku.

“Ia projek yang memberikan kita galakan dan insentif untuk majukan bidang penerbitan dan kesusasteraan di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, Kota Buku itu akan diuruskan Kementerian Pelajaran dengan meletakkan pegawainya, manakala ruang pameran dan jualan buku disediakan untuk disewakan kepada pihak yang berminat.

Terdahulu, ketika mengumumkan perkara itu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, Kota Buku itu juga bermatlamat membawa pulangan jangka panjang bagi menarik minat pengusaha buku Asia menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat dagangan buku utama di rantau ini.


“Pendek kata, Kota Buku ini apabila beroperasi kelak bakal menjadi mercu tanda baru Kuala Lumpur, sekali gus tarikan pelancong dengan imej sebagai Kota Raya Ilmu,” katanya.


Sumber: Berita Harian