Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Perbezaan Utama Antara Program-Program Sekolah Di Seluruh Negara


Program Definisi Objektif Ditubuhkan Bil Sekolah Milik
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) SBT merupakan sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik yang bertujuan menyerlahkannya dalam semua aspek kehidupan. Mewujudkan inovasi dalam pengurusan sekolah dan mempertingkatkan produktiviti pelajar. 2010 20 Kem.
Pelajaran (MOE)
Sekolah Kluster Pusat kecemerlangan (di dalam kelompok sekolah) dengan memberi fokus kepada beberapa bidang seperti muzik, sukan, ict, sains, bahasa dan lain-lain disiplin pengajian. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dan membangunkan sekolah dala cluster yang sama dan juga sekolah di luar kluster 2007 120 MOE
Sekolah Bestari Institusi pembelajaran yang telah merubah sistem pendidikan dan pembelajaran menggunakan kaedah dan teknologi terkini, termasuk peningkatan dalam proses pengurusan sekolah. Menyediakan pelajar yang berjaya mengharungi cabaran0cabaran dalam persekitaran moden dan global. 1997 88 MOE
Sekolah Wawasan Pelbagai jenis sekolah rendah seperti SK, SJK (C), Dan SJK (T) berkongsi kawasan dan kemudahan yang sama tetapi ditadbir oleh pengurusan sekolah berasingan. Untuk menggalakkan interaksi dan perpaduan di antara pelajar. 2004 8 MOE
Sekolah Premier Sekolah dalam kelompok sekolah kluster yang berusia lebih 100 tahun dan cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum. Mengiktiraf sekoalh0sekolah yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, serta menghasilkan ramai pemimpin, ahli koprat, profesional dan ahli sukan. 2006 4 MOE
Sekolah Pintar Merupakan inisiatif tanggungjawab sosial oleh syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat korporat tempatan dalam menjayakan kecemerlangan akademik di kalangan kanak-kanak luar bandar di seluruh negara. Meningkatkan tahap pendidikan negara melalui peyertaan syarikat-syarikat bertanggungjawab. 2006 212 (33 Syarikat Korporat) PINTAR
Sekolah Amanah Sekolah-sekolah yang diuruskan  secara bersama antara sekolah swasta dan pentadbir sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah dan pelajar merentasi pelbagai latar belakang prestasi dan sosial-ekonomi pelajar. Untuk membawa perubahan besar dalam pencapaian sekolah melalui kerjasama kepakaran sektor swasta dan awam. 2011 10 YA/MOE