Isnin 19 November 2018
A- A A+

Arkib Berita

Bantuan Kewangan



Apakah bantuan-bantuan kewangan yang disediakan kepada golongan miskin atau berkeperluan yang memohon dengan JKM?

JKM mengendalikan 2 skim bantuan kewangan iaitu Skim Bantuan Am Negeri dan Skim Bantuan Persekutuan :-

  • Skim Bantuan Am Negeri – adalah tidak seragam di antara negeri-negeri. Di antara jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan kepada warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, OKU, tanggungan banduan, pusat tahanan dan pesakit. Bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah, Bantuan Alat Tiruan/Sokongan, Bantuan Pemulihan Bencana dan Bantuan Segera bagi kes-kes terdampar atau kes-kes yang memerlukan bantuan serta merta
  • Skim Bantuan Persekutuan – seragam di seluruh negara tetapi tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan seperti Bantuan Penyaraan Kanak-kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat dan Bantuan Am Persekutuan. Manakala bantuan sekaligus pula ialah Bantuan Geran Pelancaran, Bantuan Alat Tiruan/Sokongan dan Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran. Di bawah Skim Bantuan Am Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan) juga terdapat bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah, Bantuan Pemulihan Bencana dan Bantuan Segera bagi kes-kes terdampar atau kes-kes yang memerlukan bantuan serta merta.

Apakah syarat-syarat kemasukan ke PDK?

Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walaubagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking