Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 12:13

03 Feb - Remaja Menang PROTON Saga

proton-saga

KUALA LUMPUR: Pemenang hadiah utama pertandingan Cabaran Laluan Berliku Berita Harian, Ahmad Ridzwan Bakhtiar Affendy tidak menyangka penyertaannya semata-mata untuk memenangi Ipad2 membuahkan hasil lebih lumayan dari dijangka.


Pembaca setia Berita Harian itu membawa pulang hadiah utama sebuah kereta PROTON Saga FLX 1.3 transmisi manual bernilai RM37,000, mengakui hampir berputus asa selepas pemenang bagi minggu pertama diumumkan dan dirinya tidak tersenarai.Mereka memang inginkan Ipad2 kerana akan melanjutkan pelajaran selepas ini, namun ayah sentiasa beri sokongan supaya jangan berputus asa dan menghantar borang penyertaan sehingga bertuah memenangi sebuah kereta.

Keluarga mereka melanggan akhbar ini memandangkan ia padat dengan maklumat. Ayah sendiri adalah pembaca setia Berita Harian sejak beliau belum berkahwin lagi. Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali; Pengarang Eksekutif Berita, Norhayati Md Said ; Pengarang Eksekutif Rencana, Zainor Said dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian, Hanizam Abdullah.

Pada majlis sama, 40 pemenang hadiah mingguan turut sama menerima hadiah Ipad2 masing-masing. Pertandingan berkenaan menerima sambutan hangat pembaca akhbar ini apabila menerima lebih 130,000 penyertaan selama empat minggu pertandingan dari 7 hingga 13 Disember tahun lalu bagi minggu pertama, 14 hingga 20 Disember (minggu kedua), 21 hingga 27 Disember (minggu ketiga) dan 28 Disember hingga 3 Januari 2012 (minggu akhir).

Pemenang minggu ketiga yang membawa pulang Ipad2, Yee Jin Lan, 22, berkata selepas ini dia tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan anjuran Berita Harian.Mereka mula membaca akhbar ini sejak Tingkatan Lima bagi meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Melayu, dan ini kali pertama menyertai pertandingan dianjurkan Berita Harian.

Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian