Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 12:13

03 Feb - 275 Lagi Airbus Sehingga 2026

airasia

AIRASIA Bhd menerima baki 275 pesawat Airbus A320 yang ditempahnya dalam tempoh 14 tahun akan datang sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan pesawat dan operasinya.

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes, berkata ia membabitkan 200 pesawat Airbus A320 Neo dan 75 pesawat Airbus A320. Dengan pesawat A320 ke-100 ini, menjadikan AirAsia pengendali Airbus terbesar di Asia Tenggara.

Katanya, pesawat berkenaan adalah sebahagian daripada 375 pesawat bernilai AS$25 bilion (RM75.4 bilion) yang ditempah syarikat penerbangan itu dengan 200 Airbus A320 Neo bernilai AS$18 bilion (RM54.3 bilion), manakala 175 Airbus A320 pula AS$7 bilion (RM21.1 bilion).

Setakat ini AirAsia menerima 100 pesawat, manakala 275 lagi diterima menjelang 2026, katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan pesawat Airbus A320 ke-100 milik kumpulan itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, semalam.

Hadir sama, Pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar; Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun; Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani dan Ketua Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan.

Airbus A320 Neo dengan enjin CFM LEAP-X mampu menjimatkan bahan bakar sehingga 16 peratus selain sayapnya diubah suai menerusi pemasangan yang dikenali sebagai Sharklets.


Dengan pertambahan pesawat itu, Tony berkata, AirAsia dan AirAsia X akan meningkatkan kekerapan penerbangannya ke destinasi utama selain menambah beberapa laluan baru.

Dalam pada itu, Tony berkata, AirAsia akan menggunakan pesawat Airbus A320 sepenuhnya bagi operasi di Indonesia menjelang akhir suku pertama tahun ini.

Katanya, ia sejajar dengan hasrat syarikat untuk beroperasi menggunakan A320 di semua laluan domestik dan serantau termasuk Indonesia dan Thailand.

Beliau berkata, Airbus ke-100 itu beroperasi dari Kuala Lumpur ke Macau selain menyediakan beberapa laluan lain ke Jakarta, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan destinasi di seluruh China.

Daripada 100 pesawat Airbus A320 AirAsia itu, 58 diguna di empat hab di Malaysia, 22 berpangkalan di tiga hab di Thailand, 18 beroperasi di lima hab seluruh Indonesia dan dua di Clark, Filipina.

Sementara itu, sebagai meraikan A320 ke-100 itu, AirAsia menawarkan promosi tiket sehala serendah RM30 untuk destinasi terpilih. Destinasi berkenaan termasuk ke Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Guilin, Hong Kong, Macau, Guangzhou, Shenzhen, Clark, Hanoi, Hatyai dan Bali.

Pada masa sama AirAsia X menawarkan tambang serendah RM250 ke Australia dan Jepun, daripada RM200 ke China, daripada RM280 ke Korea dan Taiwan dan serendah RM550 ke New Zealand. Tempahan bermula semalam.

Berita disunting daripada Berita Harian