Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 12:13

03 Feb - Sony Jangka Rugi Lebih Teruk

sony_logo

GERGASI elektronik Jepun, Sony Corp memberi amaran kepada pelabur semalam yang ia sedang berdepan tempoh kewangan lebih buruk daripada jangkaan kerugian tahunan sebanyak AS$2.9 bilion (RM8.8 bilion), sekali gus memberi

bayangan tugas sukar bakal dihadapi Ketua Eksekutif barunya nanti, Kazuo Hirai.

Syarikat itu ditewaskan dari segi inovasi oleh pesaingnya seperti Apple dan Samsung untuk tempoh lebih sedekad lalu, lapor unjuran itu dalam keputusan suku ketiganya, sekali gus mengejutkan pasaran yang sememangnya telah menjangkakan kerugian bagi seluruh tahun, hampir setengah dari jumlah itu.

Sony berkata, ia menjangkakan rugi sebanyak 220 bilion yen bagi tahun ini yang berakhir Mac, iaitu tahun keempat berturut-turut, termasuk kerugian besar operasi sebanyak AS$1.2 bilion bagi suku ketiga dan kerugian teruk dalam jualan unit TVnya yang bermasalah.

Sukar buat Sony untuk kembali bangkit di bawah kepemimpinan baru, dengan daya saingnya secara keseluruhan telah menjadi lemah dengan mendadak, kata Penganalisis Shinhan Investment Corp di Seoul, Kim Young-Chan.

Ia akan menghadapi masalah penstrukturan yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Ia bukan hanya Sony, tapi syarikat IT Jepun yang lain turut mengalami masalah sama. Mereka gagal untuk berinovasi dan mengeluarkan produk industri yang popular dalam hampir setiap bahagian utama daripada TV ke paparan, tablet dan telefon pintar, katanya.


Pasaran telah menjangkakan kerugian bersih sebanyak 132.8 bilion yen bagi tahun ini hingga Mac, menurut data Thomson Reuters.

Sony mengekalkan unjuran terhadap jualan tahunan TV LCD keluarnya tidak berubah pada 20 juta unit, tetapi memotong unjurannya terhadap jualan kamera digital dan perkakasan PlayStation 3.

Syarikat itu melantik Hirai, seorang veteran syarikat, untuk menghentikan kerugian dalam perniagaan TVnya yang bermasalah dan menyalakan semula semangat inovatif yang pernah menjadikan syarikat itu sebagai raja industri elektronik pengguna global pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Hirai, yang mewujudkan perniagaan permainan PlayStation dalam Sony, telah dilantik pada Rabu lalu untuk mengambil alih daripada Howard Stringer berkuatkuasa 1 April ini.

Saham Sony ditutup rendah 2.6 peratus semalam. Hirai kini kesuntukan masa untuk berehat dan berada di bawah tekanan untuk menyusun perniagaan TV Sony selepas ia tewas di belakang pesaing dari Korea Selatan seperti Samsung Electronics.

Berita disunting daripada Berita Harian