![]() |
TARIKH 4 Oktober 1960 adalah detik bersejarah pagi pasukan tentera negara. Pada hari berkenaan tentera Persekutuan Tanah Melayu menyahut seruan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar pasukan keselamatan bagi misi pengaman |
di Congo, sebuah negara Afrika yang ketika itu sedang bergolak.
Parlimen Persekutuan di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersetuju menghantar pasukan itu bagi membantu misi di Congo yang dihimpit perang saudara. Congo sebelum ini juga dikenali sebagai negara Zaire dan kini kembali kepada Republik Demokratik Congo.
Misi ke Congo sehingga 28 April 1963 membabitkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah yang pertama di bawah panji PBB, mengorbankan tiga wira negara. Misi dikenali sebagai United Nations Operations In Congo (UNOC), membabitkan 3,000 anggota daripada Askar Melayu Diraja, Pasukan Askar Peninjau dan Pasukan Isyarat Persekutuan.
Mereka ke Congo melalui jalan laut selama 28 hari menaiki dua kapal, iaitu USS Windham County dan USS Whitfield County.
Fungsi pasukan khas berkenaan adalah untuk menjaga keamanan dan membantu kerajaan Congo yang baru dibentuk menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman.
Bagi mengimbas sejarah perjuangan wira negara itu, Berita Harian menjejaki mereka yang pernah menyertai pasukan itu yang kebanyakannya kini berusia lebih 70 tahun. Laporan khas bertajuk Menjejaki Wira Congo 1960-1963 itu akan menceritakan kegemilangan pasukan itu serta kisah perjuangan mereka secara bersiri setiap Sabtu mulai esok.
Pelbagai kisah pahit manis mereka akan disiarkan untuk tatapan generasi masa kini khususnya anggota tentera yang sedang berkhidmat untuk dijadikan iktibar dan teladan berhubung perjuangan pasukan tentera terdahulu.
Sehubungan itu, bekas anggota pasukan itu atau saudara mara mereka boleh berkongsi pengalaman berharga mereka dengan menghubungi Berita Harian menerusi talian 03-20569309 atau 03-20569356 atau emel Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya .
Berita disunting daripada Berita Harian





