![]() |
KUALA LUMPUR: Operasi bersepadu bagi mengesan 1.3 juta pendatang asing tanpa izin (PATI), yang tidak mendaftar dalam proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) akan dilakukan di seluruh |
negara mulai pertengahan bulan ini.
Operasi itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata operasi itu akan membabitkan 1,400 anggota penguat kuasa imigresen dan 2.8 juta anggota RELA. Operasi ini akan diadakan selepas tamatnya proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) pada 15 Februari ini, katanya.
Sehingga kini, seramai 370,000 PATI sudah mendaftar menerusi Program 6P.
Alias berkata, kerajaan sudah memberi ruang secukupnya buat PATI mendaftar dalam program 6P.
Operasi menangkap PATI yang tidak berdaftar adalah langkah yang wajar selepas kerajaan mengambil langkah proaktif terhadap pekerja asing, katanya.
Program 6P adalah inisiatif kerajaan untuk mengesahkan status pekerja asing tanpa izin dalam usaha meredakan kekurangan tenaga kerja dalam beberapa sektor perkhidmatan.
Berita disunting daripada Berita Harian





