![]() |
KUALA BERANG: PAS terus berdalih mengenai isu hukum hudud apabila membuat ketetapan tidak akan melaksanakan dasar itu jika pakatan pembangkang memerintah negara. |
| Carian | Search - DOCman Search - Content Search - Weblinks Search - Contacts Search - Categories Search - Sections Search - Newsfeeds | Saiz Pilihan Text |
|
TARIKH KEMASKINI
Rabu 22 Mei 2013, 10:12
|
10 Mei - PAS Dolak-Dalik Laksana Hudud
Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, sebaliknya berkata hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, manakala penetapan gaji minimum dilaksanakan. Beliau berkata, keutamaan diberi terhadap penyelesaian tiga isu yang dianggap lebih penting sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan. Katanya, mereka menyelesaikan masalah membasmi kemiskinan dan pengangguran. Hukum hudud tak boleh dilaksanakan kalau gaji minimum tidak dilaksanakan, itu syarat dia. Kalau dia mencuri kerana tidak cukup gaji, mereka tidak boleh laksanakan hudud kerana tidak cukup syaratnya. Katanya lagi selepas ceramah Pra-pembubaran Parlimen di Taman Sungai Bajar, masalah pengangguran terlebih dulu diselesaikan, baru hudud akan dilaksanakan. Ketika ditanya sama ada DAP akan bersetuju dengan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, Abdul Hadi berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh DAP. Katanya laksana dulu pada orang Islam. Orang bukan Islam diberi pilihan... itu yang termaktub dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang digubal dan diluluskan Dewan Undangan Negeri. Ini masih mengikut proses demokrasi.
|