![]() |
KAKITANGAN Acer menunjukkan komputer tablet W700 ketika Computex, pameran IT terbesar Asia yang dianjurkan di Taipei, semalam. |
| Carian | Search - DOCman Search - Content Search - Weblinks Search - Contacts Search - Categories Search - Sections Search - Newsfeeds | Saiz Pilihan Text |
|
TARIKH KEMASKINI
Selasa 21 Mei 2013, 10:24
|
05 Jun - Acer Lancar Dua Produk Baru
DALAM usaha mengukuhkan kedudukan dalam pasaran komputer tablet, pengeluar komputer peribadi utama Taiwan, Acer melancarkan dua produk baru yang digerakkan sistem operasi yang ditunggu-tunggu, Windows 8. Syarikat itu memperkenalkan kedua-dua komputer tablet berkenaan, iaitu W510 dan W700 di Computex, sebuah pameran teknologi maklumat (IT) terbesar Asia, yang dianjurkan kali ke-32 di Taipei, dengan Windows 8 dijangkakan menjadi tumpuan utama. Pengerusi Acer, J T Wang berkata, windows 8 adalah saat bersejarah bagi penggunaan ekosistem Windows seluruh dunia, beliau berkata dalam taklimat di Taipei di mana syarikat itu turut memperkenalkan model barunya, Aspire S7, sebuah komputer riba kecil yang menggunakan Windows 8. Acer yang bertungkus-lumus untuk menembusi pasaran komputer tablet, mengurangkan beratus-ratus pekerjaan di Eropah tahun lalu bagi mengurangkan perbelanjaan operasinya. Walaupun Apple tidak terbabit di Computex, pameran itu dijangka membabitkan kepentingan gergasi komputer Amerika itu, memandangkan apa yang berlaku di pameran itu adalah maklum balas kepada arah aliran yang telah ditetapkan jenama Amerika Syarikat itu. Windows 8 dianggap sebagai perkembangan terbaru Microsoft yang ditunggu-tunggu berikutan populariti Apple serta sistem operasi Android yang dibangunkan Google. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini, tetapi laporan menjangkakan pelancarannya akan dilakukan pada Oktober ini. Bagi kami, pengalaman skrin sesentuh yang ditawarkan Windows 8 adalah satu langkah penting kerana ia menjadikan pengkomputeran intuitif yang lebih baik, jelasnya lagi. Computex membabitkan lebih 1,800 peserta dengan pendaftaran sebanyak 5,400 ruang pameran, naik dua peratus berbanding setahun yang lalu. Penganjurnya menjangkakan, pameran IT itu akan menarik 36,000 pembeli luar negara yang akan melakukan tempahan pukal bernilai sehingga AS$28 bilion (RM89.5 bilion).
Berita disunting daripada Berita Harian
|