Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

28 jun - RM1.4b Bina Pusat Latih Polis

polis_pancing

DUNGUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan RM1.4 bilion untuk membina maktab dan pusat latihan di seluruh negara bagi memantapkan fungsinya.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata peruntukan terbabit termasuk RM140 juta bagi membina Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Dungun yang siap dibina.


Katanya, antara pusat latihan yang sudah dibina ialah Maktab Teknik di Bakri (RM160 juta), Pusat Latihan Polis Kuching (RM295 juta), Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa, Selangor (RM24.5 juta), Pusat Latihan Polis Langkawi, Kedah (RM115 juta) serta Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (RM147 juta).


Katanya, selainnya, Pusat Latihan di Air Hitam, Negeri Sembilan (RM115 juta), Maktab Pegawai Kanan Cheras (RM184 juta), Pusat Latihan Segamat (RM124 Juta) yang semuanya hampir siap dibina. Zulkifli berkata, bagi PULAPOL Kuala Kubu Baru yang bernilai RM257 juta, dua pakej projek terbabit sudah siap manakala satu pakej masih dalam pembinaan.

Sementara itu, katanya fasa pertama pembinaan PULAPOL di Dungun sudah siap manakala fasa kedua masih menunggu kelulusan peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, dengan siapnya pembinaan pusat latihan itu ia boleh digunakan untuk melatih anggota polis yang bertugas menjelang pilihan raya umum nanti. Pusat latihan ini juga dapat digunakan pelbagai agensi kerajaan yang lain untuk menjalani latihan dan kursus kepada kakitangan mereka.

Zulkifli berkata, fasa pertama mengandungi bangunan pentadbiran, bilik kuliah, pangsapuri lapan tingkat untuk kakitangan, asrama pelatih enam tingkat, dewan, tempat simpanan senjata, bilik kuliah dan padang latihan, serta lapang sasar.

Beliau berkata pusat latihan seluas 54.6 hektar itu amat sesuai kepada pelatih menjalani latihan termasuk latihan menembak memandangkan lokasinya agak jauh dari penempatan penduduk. Jika keadaan kewangan mengizinkan, pembinaan fasa kedua nanti akan dibina tambahan blok pentadbiran, perluasan padang kawat, surau, kuaters pegawai dan sebagainya.

Katanya, fasa pertama yang sudah siap itu akan dilengkapi perabot dalam tempoh segera dan pusat latihan itu mampu menempatkan seramai 450 pelatih dan pengambilan pertama dijangka akan dimulakan pada akhir tahun ini. Dengan beroperasinya pusat latihan itu, ia bakal menjadi kebanggaan rakyat Dungun dan seterusnya dapat menjana pendapatan peniaga sekitar kawasan pusat latihan ini.

 

Berita Disunting Daripada : Berita Harian