Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

17 Jul - Perintah Gaji Minimum Diwarta

duit.d

Kuala Lumpur : Perintah Gaji Minimum 2012 yang diwartakan semalam akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan bagi majikan yang menggaji enam orang atau lebih


Bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh penguatkuasaan ditetapkan 1 Julai tahun depan, demikian menurut satu kenyataan Kementerian Sumber Manusia. Tarikh permulaan kuat kuasa ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja.
Perintah Gaji Minimum 2012 diwartakan mengikut Subseksyen 23(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Maklumat lanjut mengenai warta bertajuk Perintah Gaji Minimum 2012 P.U. (A) 214/2012 boleh dirujuk di www.federalgazette.agc.gov.my. Menurut warta itu, kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM800 atau RM3.85 sejam bagi Sabah dan Sarawak.
Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian