Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

17 Julai - Kerajaan Sekat Media Tak Benar

muhyiddin-at2 Petaling Jaya: Persepsi bahawa kerajaan mengongkong atau menyekat kebebasan media adalah tidak benar sama sekali, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan sentiasa membantu mewujudkan iklim yang

kondusif untuk membolehkan wartawan dan media memainkan peranan dalam menyuburkan demokrasi negara.

Sekiranya tiada kebebasan media, mustahil wujud banyak portal dan akhbar pembangkang yang sebahagian besarnya mengkritik, memutarbelitkan kebenaran dan menghentam kerajaan, jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin

Selain itu Kerajaan juga sedar perlunya media diberi kebebasan secukupnya untuk membolehkan mereka memainkan peranan melapor dan mengetengahkan permasalahan serta pemikiran rakyat.

Selain itu juga menurut beliau sekiranya tiada kebebasan media, mustahil wujud banyak portal dan akhbar pembangkang yang sebahagian besarnya mengkritik, memutarbelitkan kebenaran dan menghentam kerajaan.

Tokoh wartawan 2011 dinobatkan kepada bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk A Kadir Jasin. Kejayaan itu membolehkan Kadir, 63, menerima hadiah tunai RM30,000 berserta sijil.

Muhyiddin berkata, tiada negara di dunia yang mengamalkan kebebasan akhbar secara mutlak, malah kebebasan itu datang dengan tanggungjawab memastikan setiap berita mempunyai nilai dan mematuhi etika kewartawanan.

Tambahnya lagi media juga mempunyai peranan sebagai penyemak dan menegur mana-mana dasar kerajaan yang dianggap bertentangan dan masyarakat serta kerajaan sentiasa bersikap terbuka terhadap kritikan dan teguran.

Anugerah Tokoh Wartawan Negara diperkenalkan pada 1988 bagi mengiktiraf sumbangan, peranan dan jasa wartawan dalam dunia kewartawanan.

Sementara itu, Kadir dalam ucapan penerimaannya, berkongsi pengalaman beliau membuat liputan berita bermula era Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

Katanya, tidak kira wartawan muda atau veteran mempunyai peranan penting dalam media dan wartawan muda masa kini hendaklah berani dan tidak teragak-agak untuk bertanya soalan kepada pemimpin, termasuk Perdana Menteri.

Ikuti wawancara A Kadir Jasin mengenai buku Kunta Kinte Original Catatan Kopitiam A Kadir Jasin di ruangan Rencana dalam akhbar Berita Harian, hari ini

Berita disunting dari sumber : Berita Harian