Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

17 Jul - Iris Majukan Kampung Pintar di Pahang

iris

Iris Corporation Bhd akan memajukan ‘perkampungan pintar’ dikenali Rimbunan Kaseh menggunakan model pertanian moden yang memberikan sumber pendapatan tambahan kepada penduduknya.

Perkampungan yang akan dibina di beberapa daerah Pahang itu terdiri daripada 100 unit rumah mampu milik, kemudahan pendidikan teknologi tinggi, pusat rekreasi dan latihan serta sistem pertanian kreatif yang tertutup.

Pengarah Urusan Iris, Datuk Tan Say Jim, berkata perkampungan berkenaan disasar dapat meningkatkan pendapatan penduduknya dalam anggaran antara AS$400 (RM1,270) hingga AS$650 (RM2,065) sebulan.


Ia adalah kawasan yang lengkap dan kebun moden yang mungkin boleh dimajukan di atas bumbung bangunan, katanya ketika memperincikan projek itu dalam satu mesyuarat khas anjuran Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) di San Jose, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Pembentangan itu dibuat kepada Majlis Penasihat Inovasi dan Sains Global (GSIAC) dalam satu program yang menemukan pakar dari Malaysia dan antarabangsa bagi membincangkan pembangunan mapan negara ini.

Iris, akhir bulan lalu dilantik Pejabat Setiausaha Negeri Pahang untuk memajukan projek bernilai RM23 juta itu yang terletak di Kampung Sungai Kepong, Lipis.

Say Jim berkata, rumah cekap penggunaan tenaga yang berkeluasan sehingga 1,000 kaki persegi itu dijangka memerlukan 10 hari untuk dibina dengan kos antara RM50,000 hingga RM60,000 seunit.


Beliau berkata, sumber tenaga perkampungan itu akan dijana tenaga biomas dan mini hidro manakala kemudahan lain yang akan dibina termasuk dewan komuniti, pusat sumber, rumah ibadat, taman permainan serta kemudahan pendidikan yang dilengkapi perkhidmatan Internet 4G untuk menyokong perkhidmatan e-pembelajaran dan e-kesihatan.

Berita disunting daripada Berita Harian