Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

17 Julai - Konflik Syria Diisytihar Peperangan Saudara

damsyik

Damsyik: Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) secara rasmi mengisytiharkan konflik di Syria sebagai perang saudara, status yang memungkinkan dakwaan jenayah perang dikenakan.


Kenyataan ICRC dibuat ketika pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpulkan maklumat baru mengenai apa yang berlaku di kampung yang menyaksikan berpuluh penduduk dilaporkan terbunuh dalam serangan rejim.

Selepas lawatan ke Tremseh kelmarin, pasukan itu berkata tentera Syria mengunjungi rumah ke rumah di komuniti petani itu, memeriksa kad pengenalan penduduk dan membunuh sebahagiannya serta menahan yang lain. Menurut PBB, serangan menyasarkan anggota tentera yang berpaling tadah dan aktivis.


Syria menafikan dakwaan PBB yang tenteranya menggunakan senjata berat seperti kereta kebal, artileri dan helikopter ketika melancarkan serangan Khamis lalu. Jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi, berkata keganasan itu bukan pembunuhan beramai-ramai seperti yang didakwa aktivis dan ramai pemimpin luar tetapi operasi tentera menyasarkan pejuang bersenjata yang mengambil alih kampung itu.

Kata Makdissi kepada wartawan kelmarin di Damsyik, apa yang berlaku bukan serangan ke atas penduduk awam. Apa yang dikatakan mengenai penggunaan senjata berat tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata, 37 penyerang dan dua penduduk awam maut angka kematian jauh lebih rendah berbanding yang dinyatakan aktivis anti-rejim, sebahagiannya menganggarkan kematian melebihi 100 orang.

PBB membabitkan tentera Presiden Bashar al Assad dalam serangan itu. Ketua misi pemerhati PBB berkata Jumaat lalu pemantau yang diletakkan berhampiran Tremseh melihat tentera menggunakan senjata berat dan helikopter tempur.

Pertempuran adalah yang antara yang terbaru dalam kebangkitan menentang Assad, yang dikatakan aktivis membunuh lebih 17,000 rakyatnya. Keganasan berterusan kelmarin dengan beberapa pertempuran dilaporkan di sekitar Damsyik.
Berita disunting daripada sumber : Berita Harian