Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

20 Jul- Jamin Tak Hampakan Generasi Muda

felda

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa kerajaan kepemimpinannya tidak akan menghampakan generasi muda. Malah, Perdana Menteri berikrar akan melaksanakan amanah diberikan rakyat dan

golongan muda dengan bersungguh-sungguh ke arah masa depan lebih cerah.

Menurutnya beliau tahu ada kekurangan dan kelemahan di sana sini, namun beliau akan memastikan berlakunya transformasi untuk menjadikan negara kita lebih cemerlang.

Beliau juga akan pastikan dasar dan pelaksanaan yang lebih berkesan dan sebagai ketua kerajaan saya akan terus bekerja untuk rakyat, lebih penting lagi amanah diberikan kepada kami tidak akan dihampakan.

Kira-kira 500 peserta mewakili pelbagai institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pertubuhan belia hadir pada majlis Sekretariat Pemimpin Muda im4u, anjuran Parlimen Malaysia, Gagasan 1Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Sistem lebih terbuka

Menyentuh mengenai konvensyen berkenaan, Perdana Menteri berkata, ia adalah julung kali diadakan di bangunan Parlimen bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai demokrasi berparlimen.

Selain itu pihak Parlimen akan sentiasa melakukan pembaharuan dan transformasi, kita mengamalkan sistem lebih terbuka untuk menjaga hak asasi manusia serta memastikan negara sentiasa selamat.

Terima pandangan

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pandangan golongan muda amat penting untuk membantu kerajaan dalam mengubah dasar, mengatur strategi serta merangka program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, generasi muda yang sentiasa dianggap sebagai pewaris negara turut berperanan penting untuk mencorakkan masa depan negara serta mengekalkan hubungan harmoni kepelbagaian kaum di negara ini.

Katanya, kerajaan sentiasa bersedia untuk menerima pandangan golongan muda dalam bersama-sama memperkasakan hal ehwal kenegaraan bagi memastikan segala perancangan yang dirangka benar-benar memberi manfaat kepada semua pihak.

Golongan muda mempunyai tempat bukan saja sebagai warga tetapi pewaris kepemimpinan negara, golongan muda adalah penentu haluan dan masa depan negara.

Setiap anak muda ada keistimewaan, ada cita-cita ada sesuatu yang hendak mereka dibuat, teruskan usaha itu asalkan ia tidak menyalahi dari sisi hukum, jelasnya

 

Berita disunting dari sumber : Berita Harian