![]() |
Putrajaya: Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat Perhimpunan BERSIH 3.0 akan mendapatkan pandangan pakar luar negara berhubung prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan perhimpunan dan demonstrasi di negara masing-masing. |
| Carian | Search - DOCman Search - Content Search - Weblinks Search - Contacts Search - Categories Search - Sections Search - Newsfeeds | Saiz Pilihan Text |
|
TARIKH KEMASKINI
Rabu 22 Mei 2013, 10:12
|
31 Jul - Panel Ambil Pandangan Luar Isu BERSIH 3.0
Pengerusinya, Tun Hanif Omar, berkata pandangan itu termasuk berkaitan peralatan yang digunakan pihak berkuasa negara berkenaan untuk menyuraikan rusuhan. Kongsi pengalaman Menurut Tun Hanif Omar,selaku Pengerusi Panel Penasihat Bebas Perhimpunan BERSIH 3.0, beliau mahu ketahui undang-undang di negara itu yang membolehkan mereka bertindak seperti dilakukan. Katanya, negara terbabit termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Kanada serta Pakistan berdasarkan pengalaman mereka berhadapan demonstrasi jalanan di negara itu baru-baru ini. Beliau juga berkata, maklum balas mengenainya dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan melalui perbincangan meja bulat antara anggota panel dan pakar berkenaan, selain akan turut disertai pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu juga beliau mahu mengetahui undang-undang di negara itu yang membolehkan mereka bertindak seperti dilakukan, falsafah dan metodologi, pembentukan dan peralatan diguna untuk mengawal orang ramai. Sejauh mana mereka menerapkan protokol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam penguatkuasaan dan mengendalikan demonstrasi aman, perlindungan kepada media serta SOP bagi membolehkan kita berbincang pula dengan pakar kita demi kebaikan rakyat. Pakar kendali demonstrasi Beliau sebelum itu bertemu wakil kedutaan AS, Britain, Kanada serta Pakistan bagi meminta bantuan mengenal pasti pakar dalam pengendalian demonstrasi di negara masing-masing, selain mendengar keterangan 10 saksi. Berita disunting dari sumber : Berita Harian
|