![]() |
Kuala Lumpur: Saranan supaya kerajaan mengawal harga rumah yang terlalu tinggi adalah antara cadangan utama dikemukakan rakyat kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2013. |
| Carian | Search - DOCman Search - Content Search - Weblinks Search - Contacts Search - Categories Search - Sections Search - Newsfeeds | Saiz Pilihan Text |
|
TARIKH KEMASKINI
Rabu 22 Mei 2013, 10:12
|
16 Ogos - Permintaan Rakyat Kepada PM
Satu lagi cadangan yang banyak dikemukakan ialah memberi pelepasan cukai tambahan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Dua cadangan itu merangkumi 50 peratus daripada 2,990 cadangan yang dihantar oleh 2,693 orang dalam laman web Datuk Seri Najib Razak, www.1malaysia.com.my sejak 16 hingga 29 Julai lalu. Malah, dua cadangan berkenaan meraih 30,000 sokongan daripada keseluruhan 41,879 undi orang ramai sepanjang tempoh perbincangan mengenai bajet itu dibuka. Keluh kenaikan harga rumah Sebahagian besar mereka mengeluh kenaikan harga rumah yang disifatkan amat drastik dan tidak munasabah sehingga menyukarkan rakyat memiliki kediaman sendiri dan terpaksa menanggung sewa yang mahal. Keluhan sama turut diluahkan oleh rakyat berpendapatan sederhana yang menyifatkan mereka sebagai golongan ‘tersepit dan miskin di bandar raya’ kerana tidak mampu membeli rumah tetapi pada masa sama tidak layak menikmati insentif skim perumahan yang ditawarkan kerajaan. Dalam konteks ini, ramai meminta kerajaan mengekang aktiviti spekulator mengaut keuntungan besar, terutama pihak yang membeli semata-mata untuk menjualnya semula pada harga lebih tinggi serta memperketatkan dasar pemilikan rumah dan hartanah oleh warga asing. Antara cadangan yang mendapat undi sokongan tinggi ialah:
Dari segi pelepasan cukai, ramai mencadangkan kerajaan memberi potongan lebih besar untuk individu tanggungan, anak di bawah umur 18 tahun, ibu bapa, perubatan, penyakit kritikal, insurans dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sebahagian besar mereka berpendapat kadar pelepasan cukai individu tanggungan sebanyak RM9,000 ketika ini tidak memadai, sebaliknya ada yang menyarankan ia ditingkatkan sehingga RM18,000. Berita disunting dari sumber : Berita Harian
|