Isnin 19 November 2018
A- A A+

Arkib Berita

Rawatan

Hernia di kalangan orang dewasa jika didiamkan dan bertambah parah, ia boleh mengancam nyawa.

Tiada ubat-ubatan yang dapat memulihkan hernia kecuali pembedahan - prosedur kedua yang paling kerap dilakukan selepas pembedahan apendiks.

Di kalangan pesakit dewasa, pembedahan bertujuan menguatkan bahagian yang lemah di mana otot-otot perut dirapatkan menutupi lubang yang ada. Semua hernia perlu dibedah. Bagaimanapun, khusus bagi hernia inkarserat dan tercekik, pembedahan harus segera dilakukan.

Jika tidak, bahagian isi hernia yang tersumbat akan mati dan boleh menjadi sumber jangkitan ke seluruh dinding usus dengan akibat yang lebih buruk adalah kematian.

Lebih kurang satu hingga lima peratus pesakit mengalami komplikasi ini.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking