Jumaat 21 September 2018
A- A A+

Arkib Berita

Jenis-jenis Hernia yang Popular

Antara jenis-jenis hernia yang popular seperti:

§         Hernia inguinal (pada celah kelangkang dan paling kerap dijumpai),

§         Hernia umbilikal (pada pusat, paling biasa di kalangan kanak-kanak

§         Hernia selepas pembedahan (kekuatan otot-otot lazimnya tidak seratus peratus kembali seperti asalnya).

Lebih ramai lelaki yang mengalami hernia inguinal berbanding wanita disebabkan oleh proses perkembangan alat reproduksi mereka yang berbeza.

Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.

Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum si anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, kawasan itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia.

Penonjolan terjadi kerana adanya kelemahan anatomi pada otot dinding perut. Keadaan menjadi lebih parah bila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, akibat meneran ketika buang air, batuk-batuk atau mengangkat bebanan berat.

Pada bayi mahupun kanak-kanak, hernia merupakan bawaan sejak lahir dan berisi cecair. Pada orang dewasa, hernia terjadi kerana pertama, adanya otot dinding rongga yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat.

Biasanya, hernia pada orang dewasa ini terjadi pada usia lanjut bila organ dan jaringan tubuh mengalami proses kemerosotan. Di kalangan wanita, kegemukan juga boleh menjadi penyebab timbulnya bahagian yang lemah.

Keadaan ini, ditambah dengan faktor kedua di atas dapat mengakibatkan usus memasuki abdomen yang lemah dan menonjol ke luar.

Sejarah keluarga, pernah mengalami hernia, tabiat merokok, kehamilan, sembelit teruk, bayi dilahirkan pramatang, ubat-ubatan tertentu dan penyakit diabetes juga merupakan sebahagian risiko hernia.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking