Jumaat 21 September 2018
A- A A+

Arkib Berita

Hidrosefalus












Hidrosefalus merupakan penambahan jumlah cecair serebrospina (CSF) yang abnormal di dalam ventrikel-ventrikel otak. Cecair ini sebenarnya melindungi, memberi khasiat dan membersihkan otak dan saraf tunjang. Ia dihasilkan setiap hari di dalam ventrikel otak.

Ketidakseimbangan berlaku apabila CSF berkumpul dan tidak dapat mengalir dengan biasa melalui ventrikel dan sistem saraf disebabkan oleh berlakunya sesuatu halangan. CSF yang berlebihan boleh menghasilkan tekanan di dalam otak bayi dan mungkin boleh menghasilkan kerosakan pada otak, juga masalah mental dan fizikal.

Walau bagaimanapun, rawatan awal boleh menyebabkan masalah serius daripada berlaku dan bayi boleh membesar secara normal. Masalah kecil seperti masalah pembelajaran yang minor mungkin masih berlaku. Antara tiga hingga empat daripada 1,000 bayi dilahirkan sebagai hidrosefalus kongenital. Sementara itu, hampir 80 hingga 90 peratus bayi yang lahir dengan keadaan kecacatan tiub neural berisiko menghidap hidrosefalus.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking