Jumaat 16 November 2018
A- A A+

Arkib Berita

Hipertirodisme

Bagaimanapun, penghasilan hormon tiroid yang berlebihan akan menyebabkan tirotoksikosis. Kedua-dua masalah ini (hipotiroidisme atau hipertiroidisme) lebih kerap menyerang wanita berusia 20 hingga 40 tahun berbanding lelaki.



Malah, bayi baru lahir juga boleh mengalami masalah kelenjar tiroid tidak berfungsi pada kadar satu bagi setiap 4,000 kelahiran. Keadaan ini dipanggil hipotirodisme kongenital.



Beberapa punca yang menyebabkan hipotirodisme selain penyakit Graves ialah keturunan, goiter satu nodul atau berbilang nodul (pembengkakan tiroid dalam bentul nodul) — sejenis penyakit autoimun yang boleh menyebabkan kanser.



Goiter tiroid nodul juga kerap berlaku pada wanita dengan kadar 4:1 berbanding lelaki. Mengapa dan bagaimana hal ini berlaku, saintis masih mencari jawapan pasti. Bagaimanapun, 95 peratus kes tiroid nodul adalah jenis benigna (tidak berbahaya) tetapi ia boleh berubah menjadi sel kanser.



Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan rapi bagi memastikan nodul yang terhasil itu bukan kanser. Malah, persoalan bagaimana hanya sesetengah orang mengalami masalah ini juga belum ada jawapan tepat, tetapi saintis percaya ia lebih disebabkan faktor keturunan.





Antara gejala masalah hipertiroidisme ialah:





* Selera makan semakin bertambah

* Berat badan mula menurun

* Kerap membuang air besar

* Mudah marah

* Jari tangan menggeletar

* Berdebar-debar

* Terasa panas

* Sering berpeluh

* Mata terjojol atau kelihatan terbeliak

* Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan

* Kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis

* Lumpuh kaki, terutama di kalangan lelaki

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking