Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Feb - Ahok Diramal Berdepan Saingan Sengit

ahok-undian.gif

JAKARTA: Gabenor beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dilaporkan menerima tentangan hebat daripada pencabarnya dalam kiraan pusingan pertama, semalam bagi pilihan raya tempatan untuk merebut kerusi Gabenor Jakarta. 

Perkembangan ini lebih terarah kepada dakwaan menghina ayat al-Quran yang ternyata memberi kesan terhadap jumlah undi beliau kali ini. Menurut tinjauan peribadi, Ahok yang sedang mendahului tipis dilihat agak sukar untuk menang pada kiraan pusingan kedua pada April ini terhadap pencabarnya, bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan yang mengejar rapat dan bakal menarik lebih banyak pengundi Islam.

Calon ketiga, Agus Yudhoyono, seorang lagi pencabar yang juga beragama Islam dan anak kepada bekas presiden, agak jauh ketinggalan. Baswedan berkata: "Syukur kepada Tuhan" ketika mendengar dan melihat harapan cerah untuk menjadi gabenor bandar raya yang mempunyai 10 juta penduduk itu. Ahok yang mendapat sokongan dengan kesungguhannya untuk membersihkan Jakarta memberi isyarat bersedia untuk 'bertarung'.
 
Ahok tidak disekat daripada bertanding tetapi popularitinya dilihat terjejas dalam satu jangka waktu.

Berita Disunting Daripada Berita Harian