Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Feb - 86 Kunjungi Pusat Rekreasi Dijangkiti Rotavirus

rota-micro.gif

KUALA LUMPUR: Seramai 86 orang dikesan dijangkiti Rotavirus selepas mengunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sejak 11 Februari lalu, tiada kes baru dilaporkan dan dua kes terakhir yang dirawat di hospital telah dibenarkan keluar wad. Jelas beliau, tiada kes dehidrasi teruk atau kematian dilaporkan dalam kejadian ini dan pemantauan terhadap kes jangkitan akan diteruskan sebelum wabak ini disahkan tamat.

Dr Noor Hisham berkata, siasatan di pusat rekreasi terbabit mendapati tiada kebocoran terhadap sistem pengurusan air kumbahan dan tahap kebersihannya adalah memuaskan. Katanya, berdasarkan aktiviti pembersihan kolam di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah serta sejarah pendedahan kes, kemungkinan air kolam tercemar pada 29 Januari dan 30 Januari 2017.

Jelas Dr Noor lagi, punca pencemaran mungkin dari pengunjung yang kurang kesedaran berkaitan kebersihan diri. Tambah beliau, berikutan kejadian itu Majlis Daerah Baling, iaitu jabatan yang menguruskan pusat rekreasi ini akan mengambil tindakan susulan termasuk mencuci kolam, memastikan air mengalir tanpa sekatan dari masa ke semasa dan ia termasuk meletakkan papan tanda larangan pemakaian lampin pakai buang kanak-kanak dalam kolam mandi serta mengehadkan bilangan pengunjung pada waktu puncak bagi mengelakkan risiko jangkitan meningkat.

Berita Disunting Daripada Berita Harian