Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Feb - SL1M Tawar 25,000 Kerja, Latihan

SLiM.gif

KUALA LUMPUR: Lebih 25,000 peluang pekerjaan dan latihan ditawarkan kepada pencari pekerjaan bersempena Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah 2017 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 21 dan 22 Februari. 

Tawaran pekerjaan ini tidak hanya fokus kepada golongan tertentu sebaliknya ia terbuka kepada semua pihak daripada hanya berkelulusan darjah enam atau sekadar pandai membaca sehinggalah ke pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD). Ketua Sekretariat SL1M Norashikin Ismail berkata, program temuduga SL1M yang pertama diadakan pada tahun ini menyediakan jumlah pekerjaan terbesar sejak ia diadakan bermula 2011.

Jelasnya, lebih dari 100 syarikat besar dan kecil akan hadir pada program temuduga akan dijalankan secara terus. Tambahnya, kelulusan juga terbuka daripada darjah enam sehinggalah yang ada PhD kerana ada syarikat hanya mahu pekerja yang cukup sekadar boleh membaca saja dan menerusi program ini ada syarikat yang menawarkan pekerjaan tetap secara terus kepada pemohon.

Norashikin berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang dua hari program ini dijalankan antaranya pemberian cenderahati percuma kepada 40,000 pencari kerja pertama selain sesi motivasi dan taklimat untuk menghadiri temuduga juga diberikan. Pada program tahun ini, SL1M melantik penyanyi Faizal Tahir dan kumpulan pelawak Zero sebagai duta dan akan bersama berkongsi pengalaman dalam mencari pekerjaan.

Bagi graduan yang hadir pada sesi temuduga ini mereka berpeluang mengikuti program SL1M dan akan menjalani latihan 'soft skills', 'inhouse' dan 'on-job-training'. Graduan akan diajar cara membuat resume, berkomunikasi dan penampilan ketika menghadiri temu duga. Latihan yang diberikan di bawah program SL1M menjadikan pelatihnya berkualiti, sekali gus mudah mendapat pekerjaan kecuali mereka yang terlalu memilih pekerjaan dan mempunyai masalah sikap.

Menerusi latihan SL1M, graduan kebiasaannya akan mendapat pekerjaan selepas mereka menjalani latihan. Jangka masa latihan bergantung kepada keperluan syarikat yang melatih dan tempoh maksimum adalah 12 bulan dan disasarkan 30,000 pengunjung terdiri daripada graduan dan pencari kerja dari seluruh negara akan hadir pada program ini.

Program temuduga terbuka ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beliau akan turut merasai pengalaman menjalani temuduga selain melancarkan Buku dan Sistem Pengurusan SL1M. Selain itu, seramai 28 pelatih SL1M yang berjaya mendapat pekerjaan akan dibawa untuk berkongsi pengalaman bersama pengunjung.

Berita Disunting Daripada Berita Harian