Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Feb - Ajak Rakyat Hadir Himpunan RUU 355

ruu355.gif

KOTA BHARU: UMNO Kelantan meminta rakyat negeri ini turut hadir ke Himpunan Rang Undang Undang 355 (RUU 355) bagi menunjukkan sokongan terhadap usaha untuk mendaulatkan Islam di negara ini. 

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata umat Islam wajib hadir bagi menunjukkan rasa tanggungjawab mendaulatkan Islam. Katanya, setiap umat Islam tidak mengira parti politik perlu hadir bagi menyatakan sokongan terhadap usaha PAS dalam meletakkan Islam di peringkat tertinggi.

Beliau berkata demikian ketika di temui di Dataran Rehal. Alwi berkata, himpunan ini bukanlah demonstrasi tetapi untuk menunjukkan dalam Islam, seluruh umat bersatu tidak mengira fahaman bagi mendaulatkan hukum agama dan perlu ditonjolkan bahawa undang-undang Islam perlu diperkasakan dan rakyat sokong RUU 355.

Himpunan itu akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur dan dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 umat Islam dari seluruh negara.

Berita Disunting Daripada Berita Harian