Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Feb - APMM Tubuh Unit Komunikasi Dan Pemantauan Siber

apmm-unit-siber.gif

KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menubuhkan Unit Komunikasi dan Pemantauan Siber bagi menjawab segala fitnah dan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap agensi berkenaan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, unit yang ditubuhkan awal tahun ini berperanan menjawab tohmahan yang berpotensi mencalar imej dan kredibiliti APMM di mata masyarakat.

Jelas Shahidan, kerajaan sedar bahawa dalam era teknologi siber sekarang ini, bermacam-macam kenyataan tidak masuk akal dibuat pelbagai pihak yang berniat menjatuhkan imej atau mewujudkan persepsi negatif terhadap APMM dan difahamkan unit yang sudah beroperasi sejak awal tahun ini diberi bertanggungjawab untuk memberi reaksi balas terhadap setiap aduan, fitnah atau kenyataan yang memburukkan nama APMM dalam tempoh kurang dua jam bagi memastikan pengguna media sosial memperoleh maklumat yang betul daripada sumber yang sahih.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Ulang Tahun APMM ke-12 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang turut dihadiri Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar. Mengulas lanjut mengenai unit itu, Shahidan berkata, unit terbabit memberi fokus kepada penyebaran maklumat di Facebook, Twitter dan medium lain di internet.

Katanya, sebarang salah laku dikesan unit berkenaan akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. 

Berita Disunting Daripada Berita Harian