Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Feb - Bayangan Tok Nan Bawa Kebaikan

kak-milah-tok-nan.gif

SANTUBONG: "Tidak perlu saya keluar daripada bayangan Tok Nan sekiranya ia membawa banyak kebaikan," kata balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu. 

Mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, Jamilah berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi ukuran, namun aspirasi besarnya membangunkan negeri dan rakyat. Jelas beliau, mengapa perlu keluar dari bayang beliau (Allahyarham Tan Sri Adenan) kalau banyak kebaikan boleh diperolehi untuk negeri dan rakyat, khususnya di Tanjong Datu. Tambah Jamilah, beliau akan berdiri teguh membawa namanya berkhidmat di kawasan dan terus menyambung legasinya.

Jamilah berkata, perancangan arwah suaminya cukup besar untuk kawasan itu, termasuk menjadikannya sebuah bandar satelit berasaskan hab pendidikan, eko-pelancongan dan industri asas tani, termasuk perikanan. Pada masa yang sama, Jamilah turut merangka perancangannya sendiri untuk pembangunan kawasan itu dengan dibantu 'Tim Adenan' di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg.

Berita Disunting Daripada Berita Harian