Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

20 Mac - Mourinho Tabik Semangat Juang United

tabik-mourinho.jpg

MIDDLESBROUGH: Jose Mourinho memuji keengganan Manchester United tidak membenarkan keletihan menjejaskan pemburuan kelompok empat teratas yang dibuktikan dengan kemenangan 3-1 di Middlesbrough.

Selepas tewas kepada Chelsea dalam aksi Piala FA, Isnin lalu dan menewaskan Rostov dalam Liga Europa pada Khamis, Mourinho meramalkan skuadnya akan bergelut ketika bertemu Middlesbrough. United juga beraksi tanpa penyerang Zlatan Ibrahimovic, tetapi gol daripada Maroune Fellaini, Jesse Lingard dan Antonio Valencia mengesahkan kemenangan untuk diraikan penuh gembira oleh Mourinho. "Saya memuji sikap dan kesungguhan dan cara anak buah saya berfikir. Kami tidak mempunyai perancangan B, C, D, E, F dan G - tetapi kami sudah bersiap dengan M, N, O, P dan S. "Ia begitu hebat kerana kami mampu melakukan dalam minggu yang sama, mara ke suku akhir Liga Europa yang mana sasaran penting buat kami. "Pada masa sama, kami meraih tiga mata ini yang memastikan terus kekal bersaing untuk kelompok empat teratas, jadi kami masih mempunyai 'dua pintu' untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan. "Pemain sedaya-upaya memberikan segala-galanya, kami memulakan perlawanan dengan baik, (Victor) Valdes menyelamatkan tiga percubaan berbahaya sebelum gol pertama kami. "Kami mendominasi permainan sehingga gol kedua, " katanya. Pemain kedua-dua pasukan dilaporkan terbabit dalam perbalahan di dalam terowong wisel penamat. Bagaimanapun, Fellaini enggan memberi komen apabila ditanya berhubungnya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/261962