Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

20 Mac - Buku George W Bush Jadi Pilihan

george-as-Smart-Object-1.gif

NEW YORK: Koleksi buku lukisan veteran tentera oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush menduduki senarai buku terlaris negara itu.

Buku bertajuk 'A Commander in Chief's Tribute to America's Warriors' itu menampilkan 66 potret anggota tentera yang cedera atau mengalami trauma. Bush bertemu dengan semua anggota tentera terbabit ketika mereka berkhidmat dengan tentera AS di Iraq atau Afghanistan berikutan serangan militan pada 11 September 2001.

Buku yang diterbitkan pada Februari 2017 itu menduduki tempat pertama kategori buku bukan fiksyen New York Times selama dua minggu berturut-turut. Buku berkenaan turut meraih tempat ke-18 dalam senarai buku yang dijual di Amazon.

Setiap potret disertai dengan kisah hidup mereka yang ditulis sendiri oleh Bush, yang mahu mengiktiraf pengorbanan dan semangat veteran tentera AS. Bush juga akan mendermakan hasil jualan buku itu kepada Inisiatif Perkhidmatan Tentera, yang berperanan membantu bekas tentera dan keluarga mereka selepas era 11 September untuk meneruskan hidup sebagai orang awam.

Berita Disunting Daripada Berita Harian