Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

20 Mac - Formula 5P Mantapkan Saf UMNO

annuar-musa.jpg

GOMBAK: Ketua Penerangan UMNO menggariskan formula 5 P sebagai tonik bagi memantapkan saf perjuangan parti itu, sekali gus mengukuhkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai terhadap parti keramat orang Melayu itu. 

Tan Sri Annuar Musa berkata, ia merangkumi Pemimpin, Parti, Persahabatan, Pengundi dan Perjuangan yang perlu diambil peduli serta diutamakan dalam perjuangan UMNO. Beliau berkata, setiap ahli UMNO harus bersedia dengan formula 5 P ini bagi memastikan UMNO kekal menerajui perjuangan demi mempertahankan agama, bangsa, negara dan hak-hak kepelbagaian kaum.

Jelas beliau, P yang pertama adalah Pemimpin di mana setiap ahli perlu menzahirkan kesetiaan terhadap pemimpin meskipun dilabel penjilat, P yang seterusnya kesetiaan kepada Parti kerana ia adalah warisan turun-temurun yang perjuangannya relevan bersandarkan doa ahlinya. Tambah beliau, P yang ketiga adalah Persahabatan yang menunjukan lebih 70 tahun penubuhan UMNO, parti keramat ini sentiasa memelihara persahabatan dan permuafakatan dengan MCA, MIC serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, manakala, P keempat adalah Pengundi dan P yang terakhir menyentuh soal Perjuangan di mana dalam konsep perjuangan parti, soal agama, bangsa dan negara harus ditegakkan serta diutamakan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu di Kompleks Lincah Mahaguru Omar Din yang turut dihadiri Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak.

Berita Disunting Daripada Berita Harian