Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

20 Mac - Semak, Selidik Tuduhan Pembangkang Elak Tertipu: PM

najib-umno.jpg

PEKAN: Rakyat perlu semak dan selidik setiap tuduhan dalam kempen pembangkang bagi mengelak kepentingan mereka dan negara tergadai pada masa akan datang, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu berbuat demikian supaya tidak tertipu dengan kempen politik pembangkang menjelang pilihan raya akan datang. Presiden UMNO itu juga mengingatkan rakyat bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, mereka perlu memikirkan apakah yang akan berlaku kepada mereka dan negara jika silap membuat keputusan pada pilihan raya akan datang.

Jelas beliau, dalam aspek agama Islam juga diingatkan supaya selidik berita terutama yang disampaikan oleh orang fasik supaya tidak timbul fitnah dan buruk sangka kepada orang lain dan boleh dilihat banyak contoh berita tidak benar yang dibuat pembangkang pada pilihan raya yang lalu seperti isu kilang Lynas di Kuantan dan pengundi hantu semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian Pekan itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO dan Sayap Cawangan UMNO Bahagian itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Umno bahagian, Datuk Abu Bakar Harun, Ketua Pemuda, Datuk Shahruddin Ahmad dan Ketua Puteri, Malia Irdawatie Khairuddin

Berita Disunting Daripada Berita Harian