Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

20 Mac - Kita Tak Seburuk Dicanang Pembangkang - PM

najib-tegas.jpg

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyuarakan kekesalan terhadap segelintir rakyat Malaysia, terutama pembangkang yang memilih untuk 'membutakan' mata mengenai semua berita baik dikaitkan dengan negara ini. 

Perdana Menteri berkata, sikap itu disengajakan hanya kerana ia bertentangan dengan pandangan mereka bahawa Malaysia adalah negara yang gagal. Jelas beliau, Malaysia telah melangkah maju, tapak demi tapak dalam setiap sudut pembangunan negara dan sepanjang tempoh itu, banyak berita baik dan positif mengenai Malaysia yang dipaparkan di halaman surat khabar dan majalah, baik tempatan mahupun luar negara, malangnya, ada dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama pembangkang yang memilih untuk tidak nampak atau buat-buat tidak nampak mengenai semua berita baik ini.

Beliau berkata demikian dalam catatan terbaharu di blog rasminya, Najibrazak.com. Najib berkata, ia bukan sekadar menunjukkan betapa pembangkang memandang rendah terhadap keupayaan negara dan rakyatnya, tetapi turut mencerminkan kualiti jati diri mereka sebagai warga Malaysia. Najib yang juga Menteri Kewangan turut berkongsi beberapa perkembangan positif mengenai Malaysia, yang menjadi tajuk utama di pelbagai surat khabar dan majalah seperti berikut.

1.Ekonomi Malaysia suku keempat 2016 atasi jangkaan - Berita Harian

2. Langkah Baharu BNM dijangka lonjakkan ringgit - New Straits Times

3. Universiti Malaya Berada Di Ranking 100 Universiti Terbaik Asia 2017 - Bernama

4. 11 subjek di Universiti tempatan disenaraikan 50 terbaik dunia - New Straits Times

5. Malaysia Negara Terbaik untuk Pelaburan 2017 - U.S News & World Report

6. Khidmat Kesihatan Malaysia Ke-3 Terbaik Dunia - International Living Magazine

7. Malaysia Dijangka Peroleh KDNK Ke-25 Terbesar Dunia Menjelang 2030 - PriceWaterhouse Coopers

8. Malaysia antara 10 ekonomi Paling Pesat Berkembang di Dunia - The Economist

Jelas beliau, bukti itu menunjukkan bahawa keadaan Malaysia, sama ada menerusi kaca mata tempatan atau antarabangsa tidak seburuk yang dicanangkan pembangkang. Tegasnya, begitu banyak perkara positif yang boleh dibanggakan olehi rakyat Malaysia, sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan bermacam lagi. Tambah beliau lagi, kejayaan Negaraku adalah kejayaan rakyat semuanya dan sememangnya kita harus berbangga mengenainya.

Berita Disunting Daripada Berita Harian