Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

21 Mac - Le Pen Jadi Sasaran Debat Presiden Perancis

lapen-as-Smart-Object-1.gif PARIS: Pendirian tegas Marine Le Pen dalam isu keselamatan dan kedudukan Islam di Perancis menjadi sasaran serangan pesaingnya dalam debat penting sebelum rakyat negara itu mengundi.

Calon berhaluan tengah, Emmanuel Macron, yang kini bersaing sengit dengan Le Pen dalam tinjauan pendapat untuk pusingan undian pertama pada 23 April ini, menuduh pemimpin berhaluan kanan itu cuba memecah-belahkan rakyat Perancis membabitkan isu pakaian renang Muslim.

Musim panas lalu, burkini menjadi tumpuan kemarahan di Perancis selepas beberapa bandar pesisir pantai mengharamkan pakaian itu dengan beberapa pihak berkuasa tempatan menyifatkannya sebagai satu bentuk provokasi susulan beberapa serangan pengganas di negara terbabit. Hampir semua pengharaman pakaian itu dibatalkan selepas Majlis Negara mengisytiharkan perintah itu sebagai satu bentuk diskriminasi.

Le Pen yang antipendatang mahu mengehadkan pakaian agama di tempat awam dengan menyifatkan burkini sebagai petanda peningkatan Islam radikal di Perancis, selain menuduh Macron menyokongnya. Marcon menegaskan burkini adalah masalah ketenteraman awam dan jangan gunakan ia untuk memecah-belahkan rakyat.

Berita Disunting Daripada Berita Harian