Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

21 Mac - Kim Swee Harap Permulaan Baik Di Manila

kim-swee-swee.jpg

SEPANG: Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee memburu keputusan positif apabila anak buahnya turun berdepan Filipina pada aksi sulung persahabatan antarabangsa kelas A di Stadium Memorial Rizal, Manila.

Kim Swee menegaskan kemenangan ke atas skuad 'The Azkals' penting dalam usaha memperbaiki kedudukan Malaysia yang berada pada kedudukan ke-161 dalam senarai ranking FIFA bulan Mac. Kim Swee berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Manila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengendali kelahiran Melaka itu bagaimanapun mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki seperti kerap kehilangan bola di kawasan tengah, selain kelonggaran pertahanan seperti ketika skuad kebangsaan menang tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia pada aksi persahabatan di Stadium Panasonic, Shah Alam.

Dalam pada itu, Kim Swee menegaskan beliau akan terus menjalankan tugasnya selaku jurulatih kebangsaan walaupun kedudukan dijangka berubah selepas pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diadakan serentak dengan Kongres Tahunan ke-53 badan induk itu. Kontrak Kim Swee bersama skuad negara yang bermula pada Januari 2016 akan berakhir pada Januari 2018.

Berita Disunting Daripada Berita Harian