Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

21 Mac - Korporat Bantu Malaysia Jadi Negara Sukan

kj-sukan.jpg

KUALA LUMPUR: Aspirasi kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara sukan dan melahirkan rakyat yang sihat serta cergas perlu mendapat sokongan dan kerjasama padu sektor korporat. 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,berkata usaha kerajaan membentuk negara sukan tidak menjadi kenyataan tanpa penyertaan sektor korporat yang mempunyai peluang dan platform lebih luas bagi merealisasikan hasrat itu. Katanya, ini dapat dilihat menerusi penerimaan rakyat terhadap program kecergasan anjuran sektor korporat yang mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus menjadi petanda baik dalam usaha menjadikan Malaysia negara sukan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program 'BDB Triple Challange 2017' di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff berkata, program edisi kedua itu bakal memberi pengalaman luar biasa kepada peserta, selain membantu mempromosikan sektor pelancongan tempatan terutama di Kedah.

Jelas beliau, BDB Tripelle Challange 2017 diberi perubahan baharu dengan halangan yang lebih mencabar serta lokasi lebih menarik untuk diteroka pesertanya dan acara larian akan membawa peserta meneroka Gunung Raya, manakala bagi acara kedua pula, peserta perlu mengharungi sukan ekstrem di Tasik Darulaman, selain acara berakit membawa peserta menyusuri Sungai Sedim di Kedah.

BDB Triple Challange 2017 menampilkan tiga jenis acara sukan di tiga lokasi berasingan di Kedah, bermula dengan 'BDB Climb & Run Langkawi', 'BDB Extreme Jitra' dan berakhir dengan "BDB Water Rafting". Semua acara itu tersebut berlangsung pada 22 April, 23 September dan 18 November tahun ini.

Berita Disunting Daripada Berita Harian