Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

21 Mac - Terbuka India: Chong Wei Sah Tarik Diri

chong-wei-tarik-dri.jpg

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sah menarik diri dari saingan Terbuka India yang bermula 28 Mac hingga 2 April ini kerana mahu fokus sepenuhnya terhadap proses pemulihan kecederaan lutut dialaminya.

Jurulatih perseorangan lelaki, Tey Seu Bock, berkata walaupun Chong Wei tidak mengalami kesakitan lagi namun keputusan tidak ke New Delhi dibuat bagi memastikan kecederaan sama tidak berulang. Jelas beliau, Chong Wei akan beri fokus sepenuhnya kepada proses pemulihan dan persiapan menghadapi Terbuka Malaysia (di Kuching, Sarawak bermula 4 hingga 9 April ini).

Pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan lutut pada 4 Februari lalu selepas terjatuh akibat permukaan gelanggang licin di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara ketika sesi latihan. Bagaimanapun, dia yang belum pulih sepenuhnya ketika itu membuktikan reputasinya sebagai jaguh dunia apabila menjuarai gelaran Seluruh England buat kali keempat minggu lalu.

Sebelum ini Chong Wei memberi bayangan tidak akan beraksi di Terbuka India kerana kecederaan lututnya masih belum pulih 100 peratus dan mahu membuat persediaan bagi memburu gelaran ke-12 Terbuka Malaysia.

Berita Disunting Daripada Berita Harian