Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

21 Mac - PICR 2017 Dapat Sambutan Hangat

perak-ride-2017.jpg

IPOH: Lebih 2,000 pelumba termasuk dari dalam dan luar negara dijangka menyertai acara berbasikal lebuh raya 'Perak International Century Ride (PICR) 2017', pada 21 Mei depan. 

Kayuhan sejauh 160 kilometer anjuran Kelab Berbasikal Le Velo itu akan bermula dan berakhir di Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng dekat sini dengan melalui beberapa lokasi pelancongan seperti Gua Tempurung dan Kellie's Castle. Presiden kelab, Sharudin Not berkata sejak pendaftaran dibuka pada 16 Januari lalu, lebih 1,000 penyertaan diperoleh termasuk dari Jerman, Singapura, Brazil, Thailand, Indonesia, Brunei, Australia, Jepun, Vietnam dan Korea Selatan.

Lima kategori dipertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita Terbuka, Remaja dan Senior Veteran serta junior dan pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web event.howei.com. Perlumbaan itu turut mendapat sokongan kerajaan negeri, Tourism Perak, syarikat telekomunikasi RedONE serta Hotel Symphony.

Berita Disunting Daripada Berita Harian