Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

13 April - Britain Had Kenderaan Untuk Final Liga Juara-Juara

had-kenderaan-ucl.jpg

LONDON: Pihak berkuasa British akan mengehadkan kenderaan di Cardiff apabila bandar raya itu akan menjadi tuan rumah aksi final Liga Juara Juara, Jun ini selepas serangan ke atas bas pasukan Borussia Dortmund. 

Aksi final kejohanan berprestij itu akan diadakan di Stadium Nasional di Wales pada 3 Jun ini. Tiga letupan yang menyasarkan bas pasukan daripada Jerman itu yang sedang dalam perjalanan bagi aksi suku akhir saingan Eropah itu bertemu Monaco menimbulkan persoalan terhadap keselamatan dalam bidang sukan.

Superintendan Steven Furnham yang juga pakar keselamatan berkaitan acara sukan Polis Wales Utara berkata perancangan keselamatan yang lebih rapi dan teliti sebagai persiapan bagi aksi final Liga Juara Juara di Cardiff sudah berjalan berbulan lamanya dan [elbagai langkah akan diambil bagi mengehadkan akses kenderaan ke beberapa kawasan sekitar Cardiff.

Furnham juga memberitahu bahawa pihaknya telah bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh negara ini bagi memastikan keselamatan terjamin pada aksi final itu nanti.

Berita Disunting Daripada Berita Harian