Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

13 April - Calon Kalah Tak Perlu Tanding Lagi - Zambry

zambry.jpg

IPOH: Calon Barisan Nasional (BN) Perak yang sudah kalah dua kali dalam pilihan raya sebelum ini tidak akan diterima sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata perkara itu membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. Beliau berkata, ada calon yang pernah bertanding menyatakan hasrat untuk bertanding semula dalam PRU akan datang meskipun kalah sebelum ini. Katanya, permintaan itu mungkin kerana kedudukan atau jawatan mereka dalam parti.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri. Zambry berkata, apapun jika seseorang itu masih dikehendaki oleh rakyat di kawasannya maka penilaian sewajarnya akan dibuat, namun keputusan akhir hanya ditentukan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, beliau berkata Program Pemukiman Menteri Besar di daerah Hilir Perak yang akan diadakan selama lima hari yang membabitkan 108 program.

Berita Disunting Daripada Berita Harian