Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

13 April - Tangguh Bahas RUU 335, Jangan Salahkan BN

ku-nan.jpg

PUTRAJAYA: Tindakan pihak tertentu cuba mempersalahkan Barisan Nasional (BN) berhubung pindaan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355), bermotifkan politik dan tidak berasas. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata BN tidak terbabit dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menangguhkan perbahasan RUU 355 selepas RUU Persendirian itu dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang. Jelas beliau, BN tidak ada kena mengena dengan isu ini, sekiranya Speaker putuskan untuk benarkan RUU 355 dibahas, maka, bahaslah, kenapa perlu diputarbelitkan dengan pelbagai tohmhan. Beliau juga berharap parti pembangkang menghentikan tuduhan ini termasuk mengelirukan pemikiran rakyat dengan mengatakan keadaan negara akan menjadi huru hara pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Sesi Cabutan Undi RUMAWIP Residensi Rimbunan, di Dewan Serba guna Menara Seri Wilayah. Khamis lalu, Hadi, yang juga Presiden PAS, ketika mahu membentang RUU Persendirian bagi meminda RUU 355, diganggu wakil pembangkang, termasuk Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang mahu menghalangnya. Bagaimanapun, ia dibenarkan Pandikar untuk membentangkan RUU 355 dan memberi rumusan terhadap usaha menambah baik sistem kehakiman syariah negara ini menerusinya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata DAP hanya mahu menjuarai polemik yang dicetuskan mereka berkaitan RUU 355 sedangkan ia sudah jelas dan difahami umum. Katanya, RUU itu hanya akan menyentuh perkara yang ditetapkan di bawah mahkamah syariah, dan tidak berkaitan dengan mahkamah sivil dan jika RUU ini diluluskan kelak di Parlimen, ia akan dibawa ke peringkat negeri dan mungkin ada negeri yang akan buat pindaan, terpulang kepada negeri. 

Berita Disunting Daripada Berita Harian