Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

13 April - Wasatiyyah Dalam Kurikulum Sekolah, Universiti

dr-abdullah-md-zain.jpg

KUALA LUMPUR: Dasar Wasatiyyah Negara ditubuhkan bagi membantu usaha memupuk semangat kesederhanaan dalam kalangan masyarakat serta merangka kurikulum wasatiyyah di peringkat sekolah hingga universiti.

Pengerusi Institut Wasatiyyah Negara (IWM), Tan Sri Dr Abdullah Md Zain, berkata pembentukan jawatankuasa dasar itu sebelum ini dipengerusikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Selain itu, beliau berkata, keanggotaannya juga membabitkan semua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) termasuk pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jelas beliau, kabinet sudah pun meluluskan supaya wasatiyyah diangkat menjadi satu dasar negara dan sudah mengenal pasti beberapa bidang termasuk belia, undang-undang, keamanan, pendidikan dan ekonomi.

Menurut Abdullah, mesyuarat pertama sudah diadakan pada sebelum ini yang dipengerusikan Perdana Menteri dan selepas ini disusuli mesyuarat jawatankuasa pelaksana yang akan dipengerusikan oleh beliau sendiri. Beliau yang juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, menjelaskan seiring pelaksanaan dasar itu nanti, komitmen bagi memastikan objektifnya terlaksana adalah terletak kepada kesungguhan penjawat awam. Sambil yakin jumlah penjawat awam seramai 1.6 juta mencukupi dalam menyebar dan menerapkan dasar wasatiyyah di setiap agensi mereka, Abdullah berkata, ia secara tidak langsung permulaan kepada usaha melawan pengaruh ektremis yang mula menukar dalam masyarakat.

Tambah beliau, dengan mengetengahkan dasar wasatiyyah di sekolah rendah dan menengah contohnya adalah sangat baik, bukan saja kepada pelajar, tetapi guru itu sendiri wajar diberikan kefahaman mengenai pendekatan kesederhanaan ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Syarahan Perdana Wasatiyyah 2017, disampaikan oleh Setiausaha Agung Liga Muslim Dunia, Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa.

Berita Disunting Daripada Berita Harian