Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

18 Mei - MU Pilih Souza Ganti Aguero

melaka-as-Smart-Object-1.gif

MELAKA: Selepas mengikat pemain pertahanan dari Macedonia, Jasmin Mecinovic, Melaka United (MU) bakal menyenaraikan pemain tengah dari Brazil, Felipe De Almeida Souza bagi memperkuat jentera skuad Hang Tuah.

Pengurus MU, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, keputusan mengambil kedua-dua pemain itu sekali gus menyaksikan khidmat pemain kelahiran Argentina, Sergio Aguero ditamatkan selepas Godwin Antwi juga digantikan dengan Mecinovic.

Katanya, MU juga sudah melepaskan Amri Yahyah ke Selangor selepas mendapat permohonan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Beliau telah menjelaskan kepada Amri berhubung keputusan itu. Walaupun berat hati melepaskannya, namun beliau berdoa agar Amri mampu menyerlah bersama skuad Merah Kuning.

Yusoff berkata, ketiadaan Amri menyaksikan Souza akan diberi tugasan penting untuk menggerakkan jentera tengah pasukan. Katanya, jurulatih Eric Williams akan menguji keupayaan Souza ketika aksi persahabatan menentang PKNP di Stadium Hang Jebat, malam esok. Beliau berkata, dia yakin pemain itu mampu menyerlah dan bakal diberi tanggungjawab besar untuk mengemudi barisan tengah skuad Hang Tuah bagi mengharungi baki saingan pusingan kedua Liga Super dan Piala Malaysia.

Namun, katanya, jika prestasi pemain terbabit tidak menepati perancangan Williams, MU akan kembali menyenaraikan bekas pemain musim lalu, Labinot Harbuzi dari Sweden.

Berita Disunting Daripada Berita Harian