Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

19 Mei - Maharaja Jepun Dibenar Turun Takhta

maharaja-as-Smart-Object-1.gif TOKYO: Kerajaan Jepun hari ini meluluskan rang undang-undang membenarkan Maharaja Akihito yang semakin uzur untuk berundur dari takhta, pertama seumpamanya dalam tempoh dua abad.

Rang undang-undang itu akan dihantar ke Parlimen untuk dibahas dan berkemungkinan tiada masalah mendapat kelulusan akhir, kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga selepas kabinet Perdana Menteri Shinzo Abe menandatangani rang undang-undang berkenaan.

Proses melepaskan takhta perlu dilakukan dalam tempoh tiga tahun rang undang-undang berkenaan berkuat kuasa. Pada awal tahun ini Akihito, 83 tahun dikatakan akan berundur pada akhir Disember 2018 dan digantikan dengan Putera Mahkota Naruhito pada 1 Januari, 2019.

Laporan mengenai hasratnya untuk bersara cukup mengejutkan Jepun apabila ia mula tersebar Julai lalu. Ini diikuti pengakuan baginda Ogos lalu mengenai keadaan kesihatannya yang semakin serius. Bagaimanapun undang-undang semasa Jepun tiada peruntukan untuk melepaskan takhta, menyebabkan ahli politik perlu merangka satu rang undang-undang khas untuk membenarkannya.

Berita Disunting Daripada Berita Harian