Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

19 Mei - Jet Pejuang Jepun Pantau Dron China

jetpejuang-as-Smart-Object-1.gif

TOKYO: Jepun mengerah jet pejuangnya selepas sebuah kapal China melancarkan dron ketika belayar di perairan yang menjadi pertikaian sehingga mencetuskan ketegangan baharu antara dua negara itu.

Kedua-dua negara yang bertikai berhubung sekumpulan pulau yang tidak mempunyai penduduk di Laut China Timur dikenali sebagai Senkakus oleh Jepun tetapi didakwa sebagai Diaoyu oleh China.

Jurucakap tertinggi kerajaan Jepun, Yoshihide Suga, berkata taklimat biasa berlangsung pada hari kejadian dan Jepun melancarkan 'bantahan keras' dan menuduh China sengaja mencetuskan ketegangan. Kementerian Pertahanan Jepun berkata, empat jet pejuang dihantar termasuk dua pesawat tempur F-15 serta sistem amaran udara dan kawalan (AWACS) ke perairan pulau terbabit.

Kapal peronda pantai dari kedua-dua buah negara itu kerap melakukan rondaan di kawasan yang sangat terkenal sebagai lokasi memancing ikan dan simpanan sumber tenaga, untuk melindungi kepentingan masing-masing. Kedua-dua negara menyedari kehadiran jet mereka di udara dan laut di kawasan yang menjadi pertikaian, tetapi masing-masing mengelak konflik lebih besar. 

Berita Disunting Daripada Berita Harian